Ecececece aksi juju rendam kaki haaa, panas ni tapi cabar diri !!!

Ini pengalaman pertama lah bagi julia sendiri merasa sendiri rendam kaki di kawasan kolam air panas yang original di Felda Residence Hot Spring Sg. Klah Sungkai Perak. Entry lepas klik SINI julia banyak kongsikan suasana penginapan dan persekitaran menarik, sekarang julia nak cerita pengalaman menakjubkan rendam kaki dikawasan kolam air panas yang ada banyak kategori dari segi cabaran suhu panas.

Ramai pengunjung berbilang bangsa...
Bayangkan, selepas kami breakfast jam 8 pagi. Pukul 9 tu dah ramai orang berpusu-pusu ke sini, semua ada motif dan hajat tersendiri. Tapi julia lihat kebanyakkanya orang-orang yang sudah berumur dan tidak ketinggalan golongan muda dan kanak-kanak turut membanjiri kawasan kolam air panas kat sini.

Tak percaya seronoknya pengalaman disini...mai tengok video yang julia snap live...KLIK!


Dah tengok video? Apa tips yang korang dapat?? Banyak kan tips...rugi kalau tak tengok...uncle tu bagi pesanan dan nasihat kebenaran tentang hot spring...terbaik!

Aman damai, tenteram, jauh dari kesesakan kota, apa lagi yang kita nak kalau bukan ketenangan. Duit banyak ke tak banyak ke itu bukan persoalan yang kita nak kejar buat masa ini, sekarang aktiviti santai kena kejar, kejar sebelum kita sendiri di mamah usia, itu sebab julia suka bercuti dengan keluarga kecil, mudah nak berdiskusi secara dari hati ke hati sambil beraktiviti sederhana. 

Bersih sungguh kawasan, tak tercemar!
Kalau korang tak pernah jejak kaki ke sini, korang pasti sangat teruja nak tau lebih lanjutkan macam julia. Yang dah pernah pergi pasti sudah berkali-kali ke sini, mesti punyalah! Sebab kawasan ni dari mula julia masuk check in sampai ke kawasan ini semuanya sangat BERSIH, dari udara, darat dan air, semuanya BERSIH dan CANTIK.

Korang kena beli pengalaman ni, bawa anak-anak, cerita pada diorang apa kelebihan kolam air panas ni, nanti dah sekolah mereka sendiri faham berjalan sambil belajar ni banyak bagi diorang matang sebelum usia sebenar.

Taman Terapi memang WIN
Julia dan suami memang lepak paling lama kawasan inilah, sebabnya suhu dia antara 30-40C sahaja ada yang kolam kecil lebih dari suhu tersebut. Itu sebabnya kami leka disini, tenang dan sungguh mendamaikan sambil dengar burung dan unggas berkicauan.

Kolam air panas ni ingat tak panas sangat sebab tertulis kat situ 30-40 je suhu dia, sekaliii test huwaaaaaaaaaa menjerit jugak lah hahahha.

Pakcik-pakcik kat situ ajar, masuk rendam kaki dalam air jangan gerak-gerak, tu sebab rasa lagi PANAS...so once dah rendam tahan jap dalam 5 minit jangan gerak, nanti tak rasa panas sangat dah ohhhhhhh gitu. 

Qaiser Ilman tak percaya PANAS!
Korang cer tengok Qaiser ilman, muka macam takut kan hahahhaha sebenarnya sebelum muka dia takut tu dia nak sangat ikut umi dia rendam kaki sama-sama, so aku tak bagi lah kan sebab aku sendiri pun menjerit, pastu pakcik dan makcik-makcik situ ketawa diorang cakap tak pe bagi je dia test...haaaaaaa sekali Qi test terus angkat kaki melepek tepi umi kan dah cakap panas x percaya...sekaranggggg PERCAYA terus behave hahahaha

Tumit kaki julia memang ada kala okey, adakala memang crak tu teruk sangat, time ni memang crack teruk sama dengan suami, so bila rendam lama kat sini, aku dapat rasa badan aku lega sesangat, tumit kaki mulai rasa sangat ringan, yelah kalau tak bila pijak rasa pijar je.

Suami julia memang suggest kena datang lagi ke sini, memang menenangkan jiwa. Budak kecik tu layan aiskrim sorang2 sambil layan kami sedang ber hot spring puas-puas.


Refleksologi time...
Perghhhhhhh bukan tak pernah buat kat tempat lain, kat sini batu-batu kecik tu lagi mencabar, terkadang aku terjerit gak sebab berjalan laju sangat hahahhaha...

Dekat sejam melepak sini...jom next round tempat lain.


Kawasan ini memang kaw kaw panas, memang tak leh arrr nak rendam kaki, memang dipagar hehehhe 

Private Jacuzzi pun ada...kerlassssss...korang naik je atas pondok tu pi lah booking.
SPLASHING TIME...
Yehaaaa, lepas dah penat ber hot spring, jom kita splashing...sini memang best...i tell u memang best...kami mai awal, dia open jam 9 pagi, so tunggu dulu sambil selfie seround hahhaha 




 Kemain haaaa mandi sampai lenjan...kat sini pun kolam air panas juga tau, leh rasa air dia suam2 takat light2 je...mmg sesuai dari baby sampai orang tua haaaaaaa...berendam lah puas2 sampai kena halauuuu suami suh balik pun tak nak hahahhaha gila antu air weh
Macam-macam aksi sebelum dan selepas mandi...memang syok ahhhh...kalau tak menginap sini mandi je pun boleh...beli je tiket, murah je pun. Kolam dia tak dalam sangat lah, just nice untuk budak-budak tapi kena kawalan ibu bapa.


MEREBUS TELUR
Paling yang ditunggu kawasan jejahan ini, lepas dah mandi sampai lebam, sampai kena halau suruh balik baru balik hahahhaha terus lepak sini tengok demonstrasi merebus telur.

Kawasan ini memang tersangat PANAS! 



Inilah kawasan merebus telur tu, aku tak pasti kalau nak makan telur kena bawa ke tak, sebab rata-rata aku tengok memang pengunjung bawa telur ayam sendiri...tak nampak pula pakcik ni jual telur ayam hehehhe. So kitaorang mana tau kan, tengok je lah.


Berasap! Tak sampai 5 min telur dah siap rebus...perghhhhhhhhhh

Cabaran Paling HEBAT...
Pakcik jaga kolam ni cabar julia...cabar suruh aku rendam jugak kaki huwaaaaaaaaaaaaa....memang gila panas...40-50C...aku serik aku tarik kaki, rendam balik tarik kaki...pakcik tu cakap...tips dia sama...dah letak kaki jangan GERAK...stay, nanti beransur hilang panas tu. Nak sihat kan kenalah cabar diri sikit hehe

Korang nampak tak aksi aku cabar diri rendam kaki dalam kawasan paling panas sambil kaki terjungkit perghhhh...45-50C kot sini lupa dah...kawasan ni tak jauh dari port merebus telur ayam tu...memang aku fail...sebab apa fail, uncle tu sendiri cakap cuba tgk orang muda2 dari kamu diorang leh tahan je, takkan awak tak boleh...so aku cover lah keperempuanan aku...kuat kan...sekali ko rendam rasa nak lari laju2 hahahha

Serius korang kena tahan, duduk diam diam...baru tau nikmat kesihatan kat sini. Akhirnya berjaya gak aku rendam kawasan ini, fuhhh kena semangat waja...kalau tak sia-sia korang datang sini...korang cuba tau.

Selesai sudah 3 jam melepak di kawasan Hot Spring, sekarang dah nak balik ke bilik penginapan, jarak balik jalan kaki tak sampai 5 min je dah sampai, sambil balik mata tak putus-putus dijamu dengan kecantikan dan kebersihan...legaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



Nak balik dah, akhir gambar nampak port love...apa lagi selfie le sedas hahaha

Tepat jam 12, kami check out, rasa tak sampai hati nak balik, sebab kawasan ni memang julia jatuh hati sangat-sangat, one day datang balik...aminnn

Sambil packing suami cakap...jom kita up ke Utara...pulak dah...nak pi mana pulak gerangan suami ni hehehe macam-macam tau...layan je.


Ke LUMUT le kita weh...suami ajak berjalan ke LUMUT pulak haaaaaaaaaaa....apa lagi puan julia dan si Qaiser ilman tu senyum sampai belakang telinga...nantikan kisah selanjutnya percutian julia di LUMUT...memang GILA BERJALAN hehe. Bye!

Felda Residence Hot Springs
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

....serius manafaat aku dapat disini sangat mengkagumkan, aku jadi bersemangat, rasa badan tetiba jadi ringan, lega tu tak payah nak dirungkaikan, memang awet muda lah siapa ada kg kat sini, leh pi selalu...jangan tak pergi...wajib PERGI, port murah & dapat manafaat kesihatan dalam masa yang sama hoorey!

8 Comments

  1. Bole tahan suhu panas tu tp bgs utk kesihatan.. Husband akak ada ajak pegi mandi air panas kt selayang xsilap tp blum pegi..oh telur tu kena bw sdiri ek

    ReplyDelete
  2. Bole tahan suhu panas tu tp bgs utk kesihatan.. Husband akak ada ajak pegi mandi air panas kt selayang xsilap tp blum pegi..oh telur tu kena bw sdiri ek

    ReplyDelete
  3. Seronok pulak kakak tengok tempat itu Ju
    Apa lagi dgn Qi yg semakin pandai senyum & posing. Sweet sangat dia sekarang ni kan:)

    ReplyDelete
  4. waa...cantik gak la..bestnye jalan2 :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Qi mandi kolam ye. Dengan air suam2 tu..

    ReplyDelete
  6. Hubs akk konfem suka tmpt cmni...dia mmg suka dgt dgn hot spring

    ReplyDelete
  7. dasar kolam tu je nampak macam tak bersih...ohho..apa pun tak berkesempatan lagi nak pergi walau duk perak..ahahaa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)