CustomFit by Fitness First Memudahkan Senaman Di Mana Sahaja Dengan Hanya Satu App.
Let's workout ! Pasti ramai di
antara kita yang bersemangat nak bersenam dan ada kalanya malas nak teruskan
disebabkan tak nampak pencapaian kita sebelum dan selepas bersenam. Betulkan?
Yes, julia pun alami perkara yang sama. Terkadang kita terfikir, nak bersenam
kena pergi gym, kena ada jurulatih, kena beli CD workout, dan macam-macam yang
kita fikir hanya kerana nak bersenam sahaja.
Pening kan, tapi sekarang
jangan risau lagi. Semakin mudah betul julia rasa nak workout, kini Fitness
First memperkenalkan satu aplikasi App mudah dan efisien
yang boleh di download melalui handphone. Selain itu, anda sendiri boleh melihat
pelbagai jenis senaman melalui puluhan video secara percuma, menyimpan data
jenis senaman yang anda sudah lalui, dan bermacam lagi.
CustomFit
by Fitness First App
Sebelum nak workout dimana
sahaja, mula Download App di Play Store & iOS handphone masing-masing, Taip 'CustomFit' .
Lepas tu senang je ikut arahan selanjutnya untuk sign up kemudian korang boleh
terus work out mengikut jenis work out yang anda nak buat. Dalam masa yang sama
korang boleh workout sambil menonton video workout yang sedia ada di paparkan
didalam app berkenaan. Wowww, tanpa perlu buang masa dan jimat duit, anda boleh
bersenam di mana sahaja dengan bantuan jurulatih kecil ini.
Mari lihat cara nak download
app ini dengan lebih lanjut.
Kelebihan
CustomFit App
- Memotivasikan diri untuk bersenam lebih kerap dan teratur - benar, dengan app CustomFit akan direkodkan pencapaian kita dalam aktiviti bersenam.
- Rahsia bersenam hanya kita dan app sahaja yang tahu - yes, kita ada app yang boleh simpan rahsia aktiviti bersenam kita, berapa kalori dah dibakar dan sebagainya.
- 800 contoh jenis senaman disertakan bersekali video - menarik! ada tutorial 800 jenis senaman yang boleh kita ikuti dan ada video, kini tak perlu beli CD senaman lagi yeyyy.
- Kurangkan berat badan dengan lebih menyeronokkan - ya, ramai dikalangan kita mengeluh tak ada masa dan tak cukup pelaburan nak ke gym, tapi dengan 1 app CustomFit semua masalah anda ditangani dengan praktikal sekali.
- Jadual workout tersimpan rapi - ada sistem rekod yang kita boleh simpan dan dicapai bila-bila masa sahaja. Tak perlu risau akan terlupa bila kita burn kalori dan buat senaman, dengan hanya 1 touch semua direkod dengan capaian ringkas dan padat .
- Boleh mereka pelan senaman sendiri dan berkongsi jenis senaman yang bersesuaian dengan orang lain.
CustomFit App
Nak lagi bersemangat nak lose
weight, nak increase muscle, nak lagi berkeyakinan mari lihat dan dengar video
introduction yang disampaikan oleh Trainer popular dalam Rancangan Fit for
Fashion Mitch
Chilson.
Video Klik:
Beliau memang sangat
berkeyakinan dan kata-kata yang julia ingat sehingga hari ini dari beliau ialah
peluang kita ini seluas lautan, jika hari ini kita tak bersenam jangan rasa
terlalu rendah diri, ada banyak lagi hari yang anda boleh mulakan dengan menggunakan
aplikasi CustomFit.
“You
should plan to workout every day, so if you miss one or two days you’d still
have worked out five days that week.”
Bagaimana Nak
Install CustomFit App?
Play Store search CustomFit kemudian install.
Klik Start.
Sign up atau login guna Fb pun boleh.
Connect Goggle Fit
Klik start
Disini korang boleh pilih nak senaman jenis apa, julia pilih basic.
Kalau masih baru macam julia, leh pilih leaner.
Nak workout tanpa peralatan pun boleh, so klik no equipment
Pilih nak senam berapa minit, okey jom cuba 15 min dulu
Ruangan ini kena pilih jenis video mana nak cuba, caranya...
Klik tanda [:] kemudian klik watch video
Video ni pendek je, kita ikut cara contoh senaman yang dipaparkan dengan kiraan jam secara automatik.
Bila dah habiskan masa yang anda pilih, kat sini kita boleh lihat keputusan kalori yang dibakar.
Mudahkan! Kalau nak ke dashboard dan ulang semula senaman boleh pilih dari direktori yang disediakan.
Lihat contoh diatas Julia sendiri menggunakan aplikasi CustomFit,
anda boleh nampak jumlah masa, intensity, skill dan kalori yang telah dibakar
dengan melakukan jenis senaman yang anda pilih dari beratus jenis senaman yang
disediakan. Menarik bukan?
Fit for Fashion
Dari mana julia dapat info aplikasi terbaru
CustomFit?
Di media conference di Fitness First The Curve
Damansara.
Disini julia dapati banyak rupanya kelebihan
CustomFit App yang anda boleh perolehi selain dapat mengekalkan lifestyle cara
hidup yang sihat.
Sumber gambar: Deena, the Malaysian contestant for Season 2, and next to her, Hema from Season 1
Sumber gambar: Fitness First Malaysia
Media yang terlibat dari pelbagai rangkaian antaranya blogger, pemberita, magazine editor dan banyak lagi.
Media yang terlibat dari pelbagai rangkaian antaranya blogger, pemberita, magazine editor dan banyak lagi.
Rakan media: Ben Ashaari, Cik Afikah dari North
Point dan Miss Eunice dari Person Edge.
Okey tiba masanya untuk cabar diri anda sendiri
untuk workout at least 1 minggu 3 kali sehari, trainer berkata lagi bagus
hari-hari selama 30 minit sahaja. Carilah masa sibuk anda, dalam kesibukan ada
peluang yang kita boleh miliki untuk bersenam.
Info lanjut boleh layari website seperti
berikut....
Happy Workout with Custom Fit App!
22 Comments
tk brp rajin nk bersenam hehe...rajin mkn ada lah..camne bdn nk fit kn...hehe
ReplyDeletehehehe nanti boleh try di rumah guna apps ni sis, very interesting
Deletewow... menarik apps ni... sgt membantu...
ReplyDeletebetul lan careno, ada short video yang kita boleh ikut dan apps ni akan buat kiraan masa jumlah senaman kita pilih
Deletebiase buat lepas solat..huahuah..sebab biase solat sensorg tanpa gangguan!
ReplyDeletebagus kak izwa....good job!
Deleteboleh cuba download apps ni.. mana tau lebih rajin lg n workout dgn cara betul.
ReplyDeletebetul pcl, julia dah cuba mmg seronok lah...byk plak tu contoh senaman ringkas
Deletedkna pun nak workout jugak, last week ada senamrobik kat opis...semput..hahaha.. tiba2 rasa dah tua, kena cari stamina ni.
ReplyDeletehahahhaha dkna yg kurus pun kata semput, apatah lagi julia yang comel sgt ni hehehehe jom workout dkna hehehe
Deletesuka mitch tu. hensem. huk huk. tengok dia sejak fit for fashion 1 lg. huhuh
ReplyDeleteyess, julia pun suka mitch tu...julia jumpa dia live mmg fit sunggguhhhhhhhhh!
Deletemenarik jugak
ReplyDeletezarul...donlod kat apps store ye...
Deletekena tggu tukar anset baru nnt..hihi anset ni xlart dh..
Deletedah pernah cuba dlu.
ReplyDeletemmg snang aplikasi ni.
workout di umah dh ckup.
kena start balik ni
terbaik shark!
DeleteKalau akak pun, akan pilih basic dulu hehe
ReplyDeletehehehhe sama kak nani, julia pun cuba basic dulu hehe
DeleteMcm menarik ni.. Lelaju nak p install :)
ReplyDeleteYien, best tau, boleh workout senyap2 dlm rumah dan dimana sahaja.
Deletewowww menarik! nak install gak la ... nak try workout kat rumah je pasni :)
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)