Paling dinanti-nantikan oleh para ibu bapa serta family tercinta dengan wujudnya satu pusat Family Park yang membolehkan kita shopping dan menghiburkan anak-anak dalam satu tempat yang sama! Siapa sangka, buat pertama kalinya dalam Malaysia The Parenthood:  First London Street Family Park yang terletak di Aras 2 Sunway Putra Mall Kuala Lumpur menyediakan kemudahan berkenaan. Nak shopping barang baby, kelengkapan pembelajaran anak-anak, nak berdating berdua dengan suami atau isteri tercinta sambil melihat anak-anak sedang bermain didalam My Kingdom playground by The Parenthood membuatkan The Parenthood ini sangat menarik serta lain dari yang lain. 

Julia satu family di jemput oleh pihak The Parenthood untuk menghadiri private function Blogger's Conference pada hari sabtu yang lepas bagi upacara soft launching diantara blogger sosial media. Pada pandangan julia, ramai blogger pelbagai bangsa di temui secara langsung, ini memberi ruang kepada blogger-blogger lain dalam masa yang sama sesi suai kenal sambil bertukar name kad. 

For sure, akan bawa my hero Qaiser ilman untuk memeriahkan lagi suasana disana, alhamdulilah ke semua anak-anak blogger di beri peluang percuma  pada hari berkenaan bermain di dalam My Kingdom playground by The Parenthood (indoor playground yang akan buat anda jatuh cinta). Sekejap lagi julia cerita ada banyak video yang akan buat anda tak duduk senang nak bawa insan tercinta ke sana. Memang BEST !!!!!!!

Semangat waja jam 1.30 tengahari dah sampai, terus registar dan masuk ke dalam. 


Pertama kali melihat dan menhirup suasana di ruangan luar The Parenthood, perghhhhhh memang gah dan sangat cantik dekorasinya, mata julia tak henti-henti melihat setiap ruangan dan kedai kecil di sebelahnya. Ke semua sekretariat yang menganjurkan program ini sangat friendly, dari awal masuk, ke pertanyaan, sehingga balik semua tersenyum memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Ayuh masuk!

Nak masuk The Parenthood FREE Entrance tau kecuali My Kingdom playground by The Parenthood kena bayar. So kalau anda nak shopping sahaja dalam The Parenthood pun tak ada masalah.

Haa bertemakan bas London di belakang pentas, lagi lah membuak-buak anak-anak nak explore kan hehhehe comel!

CEO The Parenthood, Mr Leroy Lee. 
Beliau sangat aktif berinteraksi dengan ke semua blogger, perghhh banyak persoalan dikalangan mommy and daddy blogger, tau tak masa conference ini berjalan, anak-anak kami semua dijaga dan dipantau oleh pasukan My Kingdom playground by The Parenthood tau, sakan betul anak-anak main dalam tu hehehhehe semua naik hantu !

Bersama geng blogger
Yb Shehan, Pinky Momma, 
Rara, Moon Munirah.
Pertama kali bertemu mata dengan Yb Shehan, peramah orangnya, ada tanya tips macam mana julia ingat info-info penting kalau pi event atau melancong. Sebenarnya tak ada catatan sangat pun, tapi pengalaman yang kita lalui menyeronokkan automatik terus ingat, julia memang macam tu, kalau pengalaman itu sebaliknya, mungkin komen yang membina untuk cemerlangkan lagi sesuatu perkara, bukan kondem je tapi tak ada galakkan untuk mereka ubah kepada kehendak dan situasi bakal-bakal pelanggan yang akan tiba right....itu je. Lagi satu suka whasap info pada suami tentang tentatif, nanti balik opis haaa leh rujuk kembali note wassup tu, dalam masa yang sama suami pun dapat info berkenaan, nak tak nak kena baca hehehhehe. My idea!


Bersama geng blogger seterusnya
MamaJue dan MamaKembarTiga
Mamajue terkenal dengan resepi Noxxa nya manakala Mama Kembar Tiga siapa tak kenal, lama dah kenal kakak cantik ni, nanti korang goggle blog diorang ye.

Sesi penerangan kepada rombongan blogger-blogger tentang apa yang ada didalam The Parenthood...
Aku baru tau, yang aku ni bermuka garang macam singa bila dengar pencerahan...buktinya.....hahahaha yang dok depan sekali pakai tudung biru purple tu kemain cam mak datin datin sgt hahahaha gaya nak perang pun ada kan hahahha okey tour sambil snap gambar

Di sini ada pelbagai aneka kedai shoplot educational toys, barangan lengkap baby, nak makan-makan dan nak buat name kad pun boleh, kerlasss!

Jangan ambil kesempatan diatas peluang yang disediakan.
Sambil makan di Cafe Lillipilli tu depan kedai ni ada CCTV tau, anak korang main dalam My Kingdom playground by The Parenthood tu leh pantau melalui TV depan korang, tapi janganlah korang keluar dari The Parenthood semata nak menyoping di tempat lain, tak jamin keselamatan anak korang lebih dari itu, ingat tu. 

Nak buat majlis hari jadi anak sambil bermain, haaaaaa inilah tempatnya, besar kot party room di sebelah My Kingdom playground by The Parenthood ni...puas hati, anak-anak sambil makan boleh keluar masuk bermain tau...



Kemudahan lain disediakan dalam The Parenthood, ada saloon khas untuk anak-anak tau, siap ada manicure and pedicure kerlasssssssss, time besday nanti nak bawalah Qi kat sini, manjakan dia satu hari, hahahhaha bila lagi kan nak hensemkan anak hehhe



 "My Kingdom playground by The Parenthood"

Yeyyyy ! Lepas habis blogger conference kami terus masuk My Kingdom playground by The Parenthood, anak-anak dok sakan lah main dalam tu weh sampai tak sedar mak pak hilang pi dengar conference hehehe, assistant didalam My Kingdom ni julia nak bagi tau semua peramah dan mudah berkomunikasi, seandainya kita nak minum atau makan sekejap di luar, inform yang mana anak-anak anda tengah bermain didalam tu, mereka akan guide diorang main bersama, itu kelainan yang ibu bapa sangat rasa berpuas hati, terima kasih My Kingdom playground by The Parenthood!

Kelebihan My Kingdom playground by The Parenthood
Play & Learn Centre.

• Indoor Playground with a Castle theme
• Child Enrichment Classes
• Party Rooms
• Mini Trampoline
• Flying Fox
• Tunnels & Bridges
• Climbing Wall
• Climbing Tower
• Multiple Slides
• Ball Pit
• Foam Padded Flooring & Columns
• X-box 360 Game Console Play Zone
• Free Wi-Fi
• Action cameras in play zones with display monitors in café area

Patuhi dan Awasi:
• Adults MUST supervise their children at all times.
• No outside food or drinks allowed, except baby food and milk bottles.
• Children and adults who are ill should not be in the centre.
• Socks are madatory for both adults and children, and may be purchased from the cashier.
• Children who are not toilet-trained must be in disposable diapers.
• Pets of any kind are prohibited in My Kingdom.
• Smoking is strictly prohibited in My Kingdom.

My son Qaiser ilman, pakai tag, parents pun kena pakai tag yang sama, keselamatan disini sangat-sangat terbaik tau sebab apa, anak-anak tidka dibenarkan keluar KECUALI dengan cara ini, ibu dan bapa atau penjaga yang pakai tag akan di screen semula bersama tag anak, jika match baru boleh dibenarkan keluar...see hebatkan...tapi anda sebagai penjaga jangan pandang ringan, awasi anak anda dimana sahaja.

Anda scroll dan perhatikan banyak kemudahan yang disediakan untuk anak-anak. Memang satu hari kena peruntukkan masa dari pagi sampai malam disini sahaja, memang berbaloi dengan bayaran!

Port paling disukai anak-anak, memang semua pertama kali masuk semua nak terjah sini termasuk mak bapak hahahhahaha best! Lihat my son, hanyut dalam bola-bola tu amboiiii.


Gelongsor puas-puas, ke semua peralatan permainan disini sangat selamat, sebab semua berunsurkan span dan gabus lembut, so bila anak jatuh susah nak tengok kecederaan berlaku.



Rupanya Qaiser ilman suka main dengan peralatan memasak!!!! Yess paling suka, sebab peralatan tu lengkap, seharian dia duduk disini dengan bertukar-tukar gf, sekejap gf cina, sekejap gf melayu, siap sembang-sembang nak masak amboiiiiiiii koranggg hahahhaha


Anak suka menconteng?
Haaa sini ada port contengan ada pelbagai kaler, conteng puas-puas hehehhe


Anak anda suka memanjat?
Disini ada gelongsor giant warna merah berbentuk tiub, kena panjat melepasi tali, sesuai untuk anak 6 tahun ke atas rasa, sebab my Qi 3 tahun setakat test-test panjat boleh lah sebab ia sangat tinggiiiiiii

Anak nak cuba wall climbing?
Tudiaa sini ada, tapi awas jangan terus terjun bila sampai di tingkat atas, sebab tilam tu sangat keras dan ada kemungkinan akan buat kaki terseliuh, mak bapak pun leh test panjat tau, tapi i is mak yang ayu pakai plak skirt so ko tengok je lah anak-anak panjat ye hahahhaa

Tak puas hati lagi tak taulah, memang terbaik!

Hasilnya!!!...
Main sampai tak mau balik, menangis sampai bucu themepark My Kingdom The Parenthood...makan tak mau...minum pun setakat lepas anak tekak...

Korang tau tak seluar jean budak bertuah ni terkoyak besar sebab asyik buat terjunan mcm2 pesen tadi hahahaha mana dia tau malu koyak pun releks je main gelongsor kikiki sampai bola2 kecik tu masuk dalam seluaq habisss hahahaah berbaloi bawa anak sorang cam ni kalau 4 orang lagu niii makanya mak kena up makan maajun byk2 hahahaa...ni tidoq sakan sampai pagi mangkit jam berapa la ni hihi

 Detail Info about My Kingdom playground by The Parenthood:
Weekdays
1 x tiket My Kingdom RM35 + 1 penjaga sahaja (include) 
jika nak plus 1 penjaga lagi just add on RM5 

Weekend/Public Holiday/School Holiday
1 x tiket My Kingdom RM45 + 1 penjaga sahaja (include) 
jika nak plus 1 penjaga lagi just add on RM5 

FREE 
1 tahun ke bawah sahaja

Harga PROMO sempena 
Perasmian The Parenthood: My Kingdom playground by The Parenthood!
Beli 3 Tiket My Kingdom FREE 2 ticket sempena perasmian The Parenthood, so apa lagi, bagi family yang ramai anak-anak inilah masanya family bonding bersama mereka, seronok!


The Parenthood
Sunway Putra Mall (L2.1)
No. 100, Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
Facebook: The-Parenthood




My Kingdom playground by The Parenthood
Opening: Mon-Sun 10:00–22:00
Facebook: jepkingdom
Telephone: (60) 12 208 2807
E-mail: info@mykingdom.com.my
Nak lagi terhibur dan bayangkan anak anda sedang bermain, mai click satu-satu video dibawah, anda pasti dapat serap keseronokkan anak-anak tengah bermain bersama parents mereka. Hooreyyyyyyy!

Aturan Video Instagram dibawah:
*Click Gambar - Play
*Click Gambar Sekali lagi - Stop Play



A video posted by Julia Johari Dot Com (@mrsjuliajohari) on





12 Comments

  1. Wahh gambar kita terselit jugak dalam blog femes ni.. Thanks Julia.. dapat jugak bertentang mata dgn julia

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnya ..silap2 ada anak2 yg tak nak balik ni..hihi

    ReplyDelete
  3. sronok la bdk2 dpt main kt my kingdom tu..mak2 lak leh shopping

    ReplyDelete
  4. ahahaha bertabah mak-mak kat My Kingdom tu kelmarin. Tapi best memang tak ingat la hehe ... teringat Qaiser punye dialog, "cepatlaaa ....!" kat uncle photog tu time dia nak amik gambar hahahaha ...:p

    ReplyDelete
  5. Best nyer dik oiiiii...memang nak kene bawak diaorg kat sini je seharian ni nanti!

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat bawak anak kat sini..

    ReplyDelete
  7. akk suka result selepas main tu juuuu hahahahahahaha.tido lah nak..penat kan..dh puas melompat2 kan hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Kelakar sgt si Qi sampai seluar koyak hahahahha

    ReplyDelete
  9. Seonoknyaaa main. Hehehe. Nani pergi sini juga lunch ahad lepas :)

    ReplyDelete
  10. Anak lin pun. Xmo balik. Jenuh pujuk. Tapi terpaksa balik Sbb ada tetamu dirumah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)