(Makluman: Mulai tahun 2018, hotel ini sudah tukar pemaju baru dan di beri nama lain. Bukan lagi nama My Hotel, kisah cerita di bawah adalah hak peribadi pengalaman si penulis ketika bercuti di Langkawi beberapa tahun lepas, sebarang email untuk menurunkan entry ini tidak di layan, harap maklum)

Sebut Langkawi, anda akan bayangkan lautan coklat dimana-mana sahaja kan? Ambil masa 7 tahun kembali jejak Pulau Lagenda ini semula, lama betul. Walhal dah 3 kali ke sana hanya atas urusan kerja atau kursus, nak berjalan pun agak terbatas. Kali ini julia hendak uar-uarkan, inilah My Hotel Langkawi yang terletak di Pekan Kuah. Sudah lama julia kumpul maklumat dengan google sana sini hotel-hotel yang setaraf harga bajet tapi penginapan taraf berbintang hehehe. 

Puas GOOGLE Tapi!
Puas beb, penat google 9 bulan lepas (booking ticket bulan 11 thn 2014), sebab apa? Sebab tak ada blogger yang review sangat pasal kewujudan My Hotel ini KECUALI hanya website dan FB khas hotel je. Ada tu ada, cuma 1 blogger lelaki je review tapi okeylah kan, itu pun julia kuatkan hati belasah je booking sebab instint kata hotel ini cantik lain dari yang lain.

Harga Hotel Bajet?
Ya, harga My Hotel ni tak mahal beb, kalau korang nak dok kat chalet terpulang, tapi chalet tak ada part keselamatan tu, tu aku risau sebab ada anak kecik ni kena pikir banyak kali nak duk kat bawah. Harga semalaman hanya RM99 sahaja, diulangi sekali lagi RM99 sahaja TAK TERMASUK BREAKFAST. So kami menginap 4 hari 3 malam x RM99 (RM297 sahaja no deposit caj). Murah tak? Yessssssss murahhhhhhh!

Mulanya aku masukkan breakfast, breakfast kena caj sebab bukan percuma, tapi aku skip semula sebab aku bincang dengan suami baik breakfast di luar hotel, lagi banyak pilihan dan tak adalah rasa muak hadap masakan hotel je kan, okey pilihan tepat!

Masa aku sampai dari KL ke Langkawi 10 am - 11 am, settle kan booking kereta, ni aku cerita part lain, terus menuju ke lobby hotel, aku bincang dengan suami awal lagi ni pa nak check in, belasah je lah pi check in jam 11.30 pagi hahahahha. Boleh masuk awal beb, wpun kat situ tertera jam 3 petang baru check in, kali ini kami pi bukan peak season so bilik sedia ada, best yeeeeeeee...jimat masa aku nak berjalan dan berehat hehehe. So lain kali kalau korang datang awal pi je check in, belasah je, mana tahu rezeki anda boleh masuk awal, tak ke untung tu.

Jangan lupa!
Pilih katil yang anda kehendaki, detail tau website Booking.com ni leh order memacam, aku booking KING SIZE senang 3 beranak tidur satu katil je, besar pun besar puas tidur.

Mudahnya Booking.com
Selama ini, julia kalau menginap mana-mana hotel dalam dan luar negara pasti akan terjah Booking.com sahaja. Faedahnya banyak, tak perlu wang pendahuluan atau deposit, terus booking, sampai sana baru bayar. Hanya perlukan nombor kad debit master card atau lain-lain kad bank untuk sahkan kita betul-betul mahu menginap disana. 

Kemudian, pilih je tarikh dan keperluan yang dikehendaki, tick-tick sahaja, hebatkan. Aku suka website Booking.com sebab besttttttttttt sangat berbanding Agoda atau Trivago, ntahlah website ni lagi telus dan suka bagi reminder dalam email, tu aku suka tu. Tak adalah kita terlupa ke apa kan.

Contoh salinan slip tempahan dalam bentuk pdf, korang hanya perlu print dan tunjukkan di kaunter hotel. Mudah!

Okey start dari sini anda hanya perlu scroll sahaja tengok gambar, banyak beb!
Korang nilailah sendiri, bagi aku ia sangat awesome 
My Hotel terbaikkk murah, jimat dan selesa!







Memang julia request awal-awal dalam website booking.com tu bilik atas mengadap pekan kuah punya view, yeahhhhhhh ada beranda tau, kalau request bilik bawah tak nampak view laut dan pekan kuah, rugiiiiii beb! 
Kalau berminat request bilik tingkat atas yang ada beranda okey.



Cantik tangga hotel ni tau, julia kenan sebab tangga nilah masa sebelum booking hehehhe.





4 hari 3 malam lah kami berkampung disini, pintu masuk swap electronik ye kawan-kawan, bukan pakai kunci. Haaaa hotel harga bajet tapi kerlas.

KING bed, tilam bersih, tak berbau hamis, lampu semua okey, kawasan sangat luas, seronok anak-anak boleh bermain dan kita boleh solat dengan tenang, luas beb. Kalau anda naik kenderaan ke sini, bawa toto, ramai2 boleh tidur bawah, dalam 5-10 orang no hal, kongsi dan jimat!

 

My Hotel ni mudah dicari, korang hanya perlu sampai je Pekan Kuah, dari jauh boleh nampak betapa gahnya My Hotel dari jauh, balkoni mengadap pekan kuah, nampak hotel bayview setentang, nampak Kompleks HIG dari jauh, nampak gerai-gerai jualan dari atas. Best!

 


Toilet besar kemahen, besar oiiii, tapi tak adalah jacuzi dan bath tub bagai tu, jangan mimpilah, kalau nak kenalah bayar rates hotel mahai sikit, cukup puas hati shower besar, ada water heater.


Waktu malam nak keluar pi makan, baru julia dan Qi berkesempatan bergambar kt kerusi cantik ni, lawa sungguh design dia kan, omeyyyyyyyyy empuk plak tu.

Disebelahnya ada kerusi lagi, selesa dan empuk juga, kerusi rotan ni cantiklah, simple tapi nampak elegan.

Klik Video Julia sempat rakam diatas.
Semasa nak keluar pertama kali makan malam di luar, lepas solat maghrib, kami terus bersiap nak keluar, keluar je terus terdengar di corong speaker setiap laluan My Hotel dipasangkan alunan ayat-ayat Al-Quran, suami julia mengucap subhanaAllah, bagusnya My Hotel, 4 hari 3 malam tu lah hari-hari ada alunan bacaan Al-Quran di setiap koridor My Hotel waktu maghrib. Alhamdulilah. Membuka mata kami bahawasanya pilihan kami terbaik. 

Komen Aku?
Siaran astro okey cuma line tak berapa clear memula, tapi aku call centre hotel untuk adjust balik signal, cepat juga diorang datang baiki.

Toilet punya shower hari kedua tetiba air tak keluar, pastu aku call cepat je diorang baiki time aku sefamily keluar berjalan.

Gangguan? So far tak ada lagi masalah gangguan dan lain-lain. Kalau ada anak kecil, selalulah sebelum masuk tu bacalah surah kursi dulu.

Kecik-kecik masalah tu korang call je, biasalah hari2 kot orang guna hotel, mana lah semua diorang nak pantau.

Ada rakan taulan yang tak sabar nak tahu julia menginap dimana, sekarang anda dah tahu kan, jika berminat boleh baca lebih detail dibawah. 


MY HOTEL LANGKAWI
Lot 557 & 559 Bandar Kuah Langkawi 07000 Malaysia
Tel: (+604) 966 6666
Fax: (+604) 966 5666

Website:

Next entry will be about 
"Laksa Kaw Ikan Sekoq Tepi Airport Langkawi"
Stay tune silent readers & followers mmmuahhh!

Terlepas episod... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE

28 Comments

  1. Cantik lah hotel dia. Nani pun dah lama tak ejjak Langkawi ni

    ReplyDelete
  2. Ok..nak dating ngan Dania end of this year..SA nak cuba book kat sini via booking.com...

    ReplyDelete
  3. Terbaik...
    Aida nak cari otel bajet kat pantai cenang.

    ReplyDelete
  4. Cantik hotelnya, bilik pun luas... nanti pergi kat sana lagi, boleh sarankan family stay kat sini pula

    ReplyDelete
  5. rasa mcm nak shorlisted je hotel ni...hehehe
    harap hubs suka la...mcm best dan paling best murah gilos...jimat la kan

    ReplyDelete
  6. Nampak besar betul tu...berkenan tengok...

    ReplyDelete
  7. Salam, wahhh...ini sgt bagus kak! Murah, bilik puas hati, servis bagus, lobi pun tgk luas bersih kemas je hah..wahhh terpikat pula dgn hotel ni..yg paling bagus, siap pasang bacaan al-Quran, terharunya..bagus betul! in Shaa Allah tidur pun lena sbb kurang sikit 'gangguan' tu..hehe..bagusnya menginap di hotel yg ownernya Islam mcm ni kan..best2 :D

    ReplyDelete
  8. Wahhh..murahnye..ila klu gi langkawi dok rpp je..kali ni xleh nk book plak..nape la bph ni..sistem asyik problem je..nice ju..murah pun murah..

    ReplyDelete
  9. wahh bestt... inshaa allah boleh try hotel ni plak bila dtg langkawi

    ReplyDelete
  10. Okay lah tu murah...lain kali bolih pergi lagi..berempat kot...hehe...

    ReplyDelete
  11. Okay lah tu murah...lain kali bolih pergi lagi..berempat kot...hehe...

    ReplyDelete
  12. Murah ni, Ju..kemas cantik pulak tu hotelnya..Lynda pun kalau tidur hotel nk king size. almaklumlah dah anak 2 kan ;)

    ReplyDelete
  13. my hotel ni masa yoorin pergi bulan 11 macam tu fullbooked..huhu..pergi main redah je kan.. tiba langkawi baru gigih nak cari hotel.. dpt jugak hotel bajet... ^_^ x puas nak pergi lagi..tapi takut!! takut duit abes kat shopping..muahaha

    ReplyDelete
  14. rm99 je? mmg murah tu! nampak cantik bersih & selesa. Lenkali pi langkawi boleh laa menginap kat my hotel tu

    ReplyDelete
  15. nanti dtg langkawi nak dok myhotel lah.. tq juju for sharing!

    ReplyDelete
  16. klu g langkawi, leh cube hotel nie plak...
    tq ju...
    hehe

    ReplyDelete
  17. Cantik betul hotel dia.
    Good review. Next time boleh pertimbangkan.
    Aula pun selalu guna Booking.com. memang reliable sangat

    Testimonial kulit putih melepak tanpa krim pemutih

    ReplyDelete
  18. wah tq!....my sis nk p langkawi by end of month ni. i can suggest hotel ni. niceeeee entry....sukaaa

    ReplyDelete
  19. Murahnya rate hotel tu...jimat bnyk dah tu..boleh guna duit tu utk shopping kan..

    ReplyDelete
  20. RM99 untuk hotel macam ni? memang berbaloi..

    ReplyDelete
  21. berbaloi. bcoz kita gi langkawi akan lebih masa diluar.
    byk tempat nak visit, kan?
    a nice review ni julia :) like it.

    ReplyDelete
  22. uuuish murah yang amat ni.. deco lawa tak nampak macam hotel budget..
    lepas diorang tau Kak Julia review hehehe mesti naik harga plak =P

    ReplyDelete
  23. alahai.. baru tau hotel ni. temph hari duk tanya kat group sape pernah p langkawi, nak usha tempat tinggal. dkna dah book rumah peranginan BPH tu .. ok next.

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah..kitapun sedang tercari cari maklumat..akak dari jepun dan kawan akak yang menetap di sweden nak ke langkawi awal tahun depan.

    bestnya tengok ...tak sabar nak pergi.

    ReplyDelete
  25. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)