Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi Tepi Airport Fresh dan Sedap | Part 3
Tudiaaaa! Sampai je Langkawi dok pikiaq mana port makan sedap-sedap nak terjah dulu hehe, mujur dah buat quick reference antara blogger, antaranya Blog Ina Ainaa punya travelogue review makan laksa disini. TQ dik akak dah rasa memang terbaik lah, belum pernah rasa keunikan laksa lain dari yang lain ni tau, sat lagi cerita.
Owner Kak Ina
Haaa gambar kat atas tu julia bersama dengan owner lori Laksa Kaw Ikan Sekoq kat tepi airport langkawi tau, kata beliau sudah jalankan perniagaan ni sejak tahun 2011 lagi, woww dah genap 5 tahun dah meniaga tepi airport ni katanya dulu dia dan team pakai baju berpasukan hanya 1 lori je yang berniaga tepi airport ni, sekarang belakang lori kak ina dah ramai meniaga laksa juga hehehe. Tak apa kak ina, selagi jaga mutu asli rasa sedap laksa takkan hilang regular customer gitu.
Pencarian...
Tak hairan, suami julia pernah story juga pasal laksa tepi airport ni memang femes sejak dulu lagi, dulu masa kecil suami julia selalu ikut atoknya outstation ke Langkawi atas urusan kerja dan pernah zaman tu dah ada lori laksa jual sekitar airport. Zaman 90an dah ada beb jual, cuma mungkin bukan dengan lori macam ni kot hehhehe.
Sejurus check in di hotel, perut bergelodak, nak makan laksa hahahhaha, terus teringat laksa dulu tau, makanya terus start kereta lepas solat zohor pi lah pekena laksa.
Landmark!
Seingat julia baca review dalam blog orang lain, kena ingat banner merah macam kat atas sekali tu tau, landmark dekat sebelah padang airport mengadap laut, mesti jumpa punyalah lori laksa paling pertama sekali dengan team laksa yang pakai baju seragam sedondon warna dan banner merah tulisan kuning!
Kalau korang nak cuba laksa lain tu terpulanglah kan, tapi julia nak story kat bawah macam mana rasanya laksa kaw ikan sekoq yang sangat mengoda bau di hidung dulu hehehe.
Rasa Dulu Baru Tau Kaw!
Masa kami sampai, orang tak ramai langsung, almaklumlah hari orang sibuk bekerjalah kami sakan bercuti (memang port julia bercuti pilih waktu bukan cuti sekolah, nanti pack susah nak berjalan, stresss). Time ni anda boleh lihat, ke semua laksa-laksa ni ditutup dengan pinggan, bila nak makan baru dibuka, barulah bersih dari asap kenderaan dan habuk betul tak.
Ke semua ikan dalam kuah laksa dan ikan rebus dalam pinggan laksa ni katanya di booking khas dari bot nelayan fresh2 terus masak, tak masukkan dalam peti ais. Patutlah terperanjat rasa, memang hebat rasanya perghhhhh.
Bihun Sup Teruna!
Qaiser ilman kemahen tau, dia pun nak order laksa hahahhahahha, tapi kami order kat dia Bihun Sup Teruna perghhhhhhhhh memang best gila bihun sup kuning ada hirisan daging lembut je bila dimakan, kuah bihun sup teruna tu manis betul, manis dari air daging tulah meresap dalam bihun kuning, adeh gambar terlupa ambil, syokkk tgk Qi sakan makan.
Top Langkawi Periuk Besar!
Perghhhhhhhhh memang trademark periuk besar sungguh, kuah laksa ni bau dia dari jauh pun dok tarik hidung...haishhhh tak boleh jadi ni, mana trademark ikan sekoq tu....
Niii dia! Perghhhhhhh, teluq ayam rebus sebijik + ikan sekoq siap direbus, kuah laksa meriah macam-macam isi sayur ada, kuah pekat-pekat....cepattttt jom pekena laksa cm mana rasa dia!!!!
Selain laksa, ada dijual bermacam-macam jenis makanan pilihan antaranya
Pasembor Kuala Kedah
Rojak Buah Madu 3
Airport Cendol Pulut
Air Kelapa
dan lain-lain lagi.
Julia order lagi satu cendol pulut...ini pun bikin hati sasau.......sedapppp nak arwah!
Tak sabar nak ngap!
Baca doa makan dulu hehehhehe
Cantik je tengok, ada cili padi tu fuhhhhhhhhhhh berasap ni, siapa suka pedas geng!
Husband dok sakan makan langsung tak bersuara, tu tandanya sedap melampau lah tu hahahhaha tak pandang kiri kanan dah, terus ngap sampai licin aummmmmmmmm
Inilah permandangan di tepi lori laksa kaw ikan sekoq, sambil makan boleh tengok laut dan pantai, kami makan kat tepi jalan raya je, kalau anda ke sini boleh ambil port kat bawah tu makan betul-betul tepi pantai wowwwwwwwwwww syok layan angin pantai best!
Qaiser ilman sedap syok santap Bihun Sup Teruna, julia nak kongsi sikit dia tak kasi ko tau! Hahahhahahahha, budak kecik pun suka makan, apatah lagi kita yang besaq ni....mai lagi semangkuk laksa!
Team diorang ni memang ada pakaian t-shirt seragam, time julia datang warna biru semua, esok kata kak ina warna lain pulak, tudiaaa senang kan tak payah pikir nak pakai baju apa hari2, ada seragam senang customer nak cam.
Adik yang pakai kopiah hijau tu tegur julia,
Akak mai dari mana?
KL dik
Akak tak mau ambil gambar kami ka hehehhe
Boleh meh sini akak snap, memang nak review dalam blog nanti.
Ohh macam tu ka, boleh bagi link blog akak? Boleh saya baca nanti.
Boleh dik....bla bla bla
Hehehhehe terima kasih dik sudi nak baca blog buruk akak ni hehehhe peramah adik2 ni tau.
Cantik trademark lori laksa ni, hehehe Laksa Tip Top Langkawi Kaw-Kaw!
Tudiaaaaaaaaa hahahhahhaha
Asyik sembang ja, perut lapaq, pekena second round laksa kaw ikan sekoq, fuhhhhhhhhhhhhh rasa kuah ikan fresh, ikan sekoq pun fresh rasa puas hati, teloq sebiji tu dia puas gak makan, laksa banyak, apa lagi nak kata, makanlah selagi boleh makan, nanti kempunan balik KL baru tau hehehhe.
Jangan lupa, mai je Langkawi leh dah makan menu tengahari laksa ni sampai ke petang, pi awal-awal senang tak ada lah ramai orang nanti. Terbaikkkkkkk!
Harga Laksa Sepinggan
RM5 (murahhhh oiii)
Alamat:
Laksa Kaw Ikan Sekoq Tepi Airport (set waze)
Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah...
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
30 Comments
mak aii..sdapnya kak..:)
ReplyDeleteEna suke pedas gak..
ReplyDeleteOk kita geng!
meleleh air liur dah lama xdapat laksa lori oiittt
ReplyDeleteterbaik gilew laksa kat sini.. kuah dia pekat.. tu nyummmsss sangat tu
ReplyDeleteok..masuk dalam wishlist dating berdua ngan Dania nanti
ReplyDeleteyoorin tak makan laksa.. tapi macam teringin nak makan ni.. masa pi langkawi ritu asben x nak berhenti pon sebab ramai saNGAT.. huhu..cuti sekolah kan time pergi dulu..cis
ReplyDeletesehari brp byk ikan toke beli xtau la...
ReplyDeleteaaa sedap nyer!!!
ReplyDeletetu dia.. laksa terbaik...
ReplyDeletemak aih terlior tengok haa.. dgn ikan seketoi kat situ behehe
ReplyDeletemakanan wajib kalo pergi Langkawi, kalo tak makan memang rugi...
ReplyDeletehttp://www.lyzafisol.com/
lapaqnya...mana nak cari laksa malam-malam ni
ReplyDeleteWanita2 yg preggy dilarang keras membaca entry ini..sekian...
ReplyDeletemujuq laaa akak ni tak pregnant ju oiiii...
meleleh ailio baca hoiiii...
Hoitttt sedapnyaaaa.. i is jeles mana nak cari laksa sedap kat KL ni haaaa..
ReplyDeleteMeroyan pemusnah rumah tangga
perghhh..meleleh ailio tgk..sebelum ni pegi ktorg dh try laksa power kt airport tu..mmg power..nnt egi nk try laksa sekoq ni plak..ktorg spi sn pun dh ptg..cun sgtttt time tuu..
ReplyDeletesedapnye laksa ikan sekoq.. julia.. sori lame tak singgah.. macam2 hal jadi.. rindu..
ReplyDeleteya Allah..seyes nampak terliur..memang wajib terjah ni...hahahahaa
ReplyDeleteUshhh menggoda betul :D
ReplyDeletelaksa ikan sekoq...hehe..ms outstatiob alor setar pn ada blogger nk bw p mkn laksa ikan sekoq gk tp tk sempat try
ReplyDeletentah sempat ntah tak aida pi pekena laksa ikan sekoq ni, julia.
ReplyDeletesebab penuh dah aktiviti jenjalan wiken ni :)
nak kena gi sewa kereta kot sendirian...
woahhh! ikan segar mmg syok la makan kuah dia...hiruppp sampai habis!
ReplyDeletengeh3.. laksa ikan sekoq.. only in Langkawi =)
ReplyDeletepergh memang terbaiklaa..ikan sekoq tu
ReplyDeletemurahnya ju.. tapi dkna nak p sana nanti ngan kereta..ermmm.. agak2 sempat ke pecut ke sana makan laksa hehehee
ReplyDeletelaksa dia mmg nampak sedap
ReplyDeleteada lagi tak sekarang ni ? sebab dah 2 ari lalu xde pon .. yg da cuma signage kecik jeee
ReplyDeleteada lagi tak sekarang ni ? sebab dah 2 ari lalu xde pon .. yg da cuma signage kecik jeee
ReplyDeletesekarang ni tak pasti...sebab saya pergi pun tahun lepas hehe
DeleteAlamak Kak bley tau tak buka pukul berapa?
ReplyDeleteAlamak Kak bley tau tak buka pukul berapa?
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)