Tarikan Istimewa KL International 2nd International Hijab Fair 2015
Ahad lepas 31 Mei 2015, julia dan suami serta anak berkesempatan menerjah hari terakhir pameran KL International 2nd International Hijab Fair 2015 yang bertempat di PWTC. Jarak dari tempat kerja ke sini sebenarnya sangat dekat, bermula awal lagi sejak hari Jumaat, saje tunggu suami dan anak pergi sekali waktu weekend lagi best, boleh usya jubah lelaki sekali khas untuk anak lelaki.
Kehangatan semasa di parking PWTC sudah terasa, tenang dan tak sesak. Mungkin itu sebab julia pilih hari terakhir ke mana-mana pameran. Alhamdulilah, parking mudah dan nak masuk ke dalam pun senang.
Pendaftaran dan bayaran
Ticket untuk dewasa RM1, manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun free, kebetulan julia adalah tergolong dalam media sosial iaitu seorang blogger, maka julia ambil inisiatif bertanya di kaunter registration bahagian media untuk dapatkan pas PERCUMA. Bukan apa ye, kita sebagai blogger kena rajin juga bertanya jika ada kaunter khas untuk media. Julia just isi borang berapa ramai nak masuk kemudian ketip nama kad di borang pendaftaran settle terus dapat 2 pelekat secara percuma. Kalau anda bukan blogger sekalipun harga sangat murah kan, 1 ringgit je apadehal hehhehe, tapi lain kali bijak-bijak kan diri bertanya khas untuk marketkan blog anda sendiri.
Dapat je pass pelekat ni terus pelekat kat tudung hehehhe, ni saje lekat kat purse lepas habis event.
Okey, jom masuk! Dah tak sabar nak terjah booth2 muslimah.
Pukul 5 petang, orang tak bersesak, masih ramai pengunjung tapi julia boldkan tak ramai orang, selesa kot nak window shopping dan bawa stroller anak.
Julia suka booth Kraftangan Malaysia, unik tau booth ni, sebab material jenis jubah corak batik lukis banyak tersedia kat sini...range harga dalam RM150 sepasang dan ada saiz dari kecil ke saiz plus size. Bestttttttt macam2 corak flora fauna...tak mahal pun kalau jubah bawah rates RM200.
Suka corak ni, lembut je, dok la belai2 jubah ni ke hulu ke hilir, tak beli pun tapi suka intai koleksi sedia ada disini untuk masa akan datang, sesuai untuk ke acara rasmi mahupun tak rasmi.
Suami julia pun tak ketinggalan lihat baju melayu dan pelbagai koleksi lelaki.
Butang baju melayu ni nampak cantik kan...serius kalau belum kahwin nak cari keunikkan, terjah sini pun dah berbaloi...macam2
Wauuuu brooch turqoise tu lawaaaaaaaaa gilaaaaa...mata julia dok pandang situ je tau...harga...200 ke atas hahahha mahalllll.
Kemain si kecik ni, tak ketinggalan nak window shooping sekali.
Okey jom lihat semua gambar dibawah apa yang julia intai sekeliling.
Cinta Hawa Couture ni adalah booth yang julia suka sekali, sebab masa pameran di Hijab2015 lepas julia ada beli satu jubah dari Kak Cinta, memang servis baik lah kak cinta bagi, bila jumpa balik kat sini kak cinta kenal, alhamdulilah, terus ajak dia selfie depan kedai dia, dia suh julia wassup dia...hmmmmm ada job kot nak kasi hehehhehe amin
WOJ pun best, tapi tak besar sangat plak booth dia, koleksi banyak untuk orang kecik2 hehehhe
Beli Aidijuma corak (Safari) GL, khas di jual di booth sini je kata adik2 cantik kat belakang ni tau, untung la dapat koleksi terhad. So julia grab ni satu. RM15, ok jimat!
Pendapat julia, pameran kali ini lebih banyak menonjolkan booth dan peniaga yang baru-baru nak mencuba, bagus sebenarnya, lagi banyak garapan untuk wanita muda menceburi niaga.
Tadaaaa, dah pakai hari ini semasa Kursus Peningkatan Imej dan Ketrampilan Diri.
Selesa! Bye!
9 Comments
Cantiknya julia pkai tudung kilat2 tu..tudung yg gmbr last pun lawa
ReplyDeletebooth AJ xde org mcm tu.best nyaaa!
ReplyDeletecantiknya :)
ReplyDeletebestnya juju.. ari tu teringin nak pegi tapi xde rezeki kot kali ni...
ReplyDeleteBaca entry ju jer dah rambang mata...klu dapat pergi sana bebetul mesti havoc!
ReplyDeletealaaaa.. tak sempat pergi!
ReplyDeleterugi tak pergi haritu..kalau tak boleh cari baju raya
ReplyDeleteAssalam julia,
ReplyDeletebestlaaaaaaaa
kat penang tak dop sob3
ehh..senang pulak dpt aj ye ju..xde kene amik no ke?slalu bile ade MS konpem ramaiii umat manusia..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)