Semalam 5 April 2015 adalah hari terakhir berlangsungnya Roadshow Pameran Hijab dan Kecantikan yang bermula sejak 3 hingga 5 April 2015. Kemeriahan sangat terasa di hari pertama lagi apabila group rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah bersama-sama memeriahkan roadshow Hijabey 2015 yang terbesar di Malaysia. Terima kasih pihak Hijabey bagi pass khas untuk blogger-blogger turut serta melihat pameran yang ulung kalinya menarik perhatian ramai.


Woww, pengalaman julia ke sini sangat menyeronokkan. iDCC adalah bangunan baru siap yang terletak di Shah Alam. Dalam jam 1.30 rasanya sampai ke sini semalam, cuaca sangat panas. Tapi dalam hati dah tak sabar nak lihat pameran terbesar dari peniaga-peniaga online dan butik yang terkenal di Malaysia. Mana tahu kot-kot dapat jubah dan hijab yang murah, untung duit poket. Jom masuk. 

Dah sampai Tingkat 7, kena daftar sebagai Blogger di kaunter yeyy ramai dah nama KBBA dalam ni, julia ingatkan diorang ni dah balik sebab tengok kt FB dah datang awal pagi, kikiki melepas nak jumpa team. 

Bergambar kenangan dengan awek-awek cun di kaunter utama Hijabey 2015, terima kasih pihak KBBA & pihak Hijabey sudi bagi blogger gift bag dan pass blogger. :)

Pass Blogger dan Gift...nanti i citer apa dalam ni ye.

Masuk je julia melalui kawasan pameran kecantikan, banyak betul produk-produk yang di jual sama ada makanan, produk kesihatan mahupun produk makeup, melilau mata tengok satu-satu. Julia dapat 1 tester produk kecantikan, bagi kad blogger terus diorang bagi 3 tester pack hihihi murah rezeki untuk booth pertama. Jangan lupa kalau korang rajin sebagai blogger edarlah kad korang kt booth mana tahu kot-kot ada rezeki diorang nak khidmat anda untuk review produk mereka.

Masuk di perkarangan utama roadshow, sedang berlangsung talk dengan tokoh-tokoh terkenal diatas pentas antaranya Dato' Maznah dan lain-lain.

Julia tak lama sangat dengar talk, terus ke booth-booth berhampiran lihat bermacam-macam koleksi hijab, jubah dan shawl terkini. Woww, harga sangat-sangat murah dari apa yang julia lihat di online. Yang bestnya disini julia boleh fitting hijab banyak kali sampai puas hati baru beli. 

Tak sangka dapat jumpa artis Anita Baharom di booth beliau "Inspirasi Anita Baharom"
Kenan dengan beliau, manis jer bertudung, comel kan dia. Puan Anita ni sudi buat tutorial pakai instant shawl beliau yang terkini, cantik weh. Nanti korang pi kt instagram leh tengok ye shawl2 yang dia jual. Thank you Puan Anita, layanan best :)

Puas dah pusing, puas dah pilih jubah dan tudung yang berkenan di hati kemahen tau beli jubah match kan sekali dengan tudung baru senang sekaligus beli. 


Jangan lupa, Save The Date untuk Roadshow Hijabey 2015 ni Penang dan Kelantan tau.

Terima kasih untuk suami dan anak tersayang yang selalu menemani julia ke mana sahaja time mereke free, seronok bila dapat meluangkan masa emas bersama mereka ke tempat yang julia tak sabar nak pergi. Sekarang dan dapat apa yang dihajati, nanti next entry julia pakai jubah tu eh, simple je warnanya hihi janji selesa dan murah.

Flowy-flowy baju jubah emerald green julia hehhehe baju ni julia beli di WOA (Women of Jannah) di Curve Damansara, hari ini baru pakai selesa rasanya pakai jubah waktu weekend. Lepas ni boleh tambah koleksi banyak-banyak. 

Inilah dia gift khas untuk blogger tadi, ada instant shawl, pin tudung, baju t shirt khas hijabey dan naskhah terkini Majalah Dara keluaran April 2015. Terima kasih sponsor-sponsor. Semoga murah rezeki anda :)

Instant shawl ni julia tak beli, tapi dapat dari dalam gift blogger la, terus pakai, kain sejuk je, jenis material tak melekat, labuh dan hanya guna 1 jarum peniti je sisip ats tudung, siap, lawanyaaaaa instant shawl keluaran Dilara.Com ni. Malam tadi terus pakai, suka betul! Pin tudung baru tu comel sangat dari Vonaish

Terima kasih sponsor, Kelab Blogger Ben Ashaari dan semua pihak yang menjayakan roadshow Hijabey 2015, terus langsungkan program sebegini untuk menarik minat golongan khas Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan dan sekaligus dapat memperkenalkan dan menaikkan nama Malaysia dalam dan luar negara. 

7 Comments

  1. nanges sebab tak pegi. hahahaha :D banyakk memborong tu kak. hihihi

    ReplyDelete
  2. best kan juju.. tp mas tak shopping sgt, beli tudung AJ jer.. instant shawl dr dilara.com tu mmg best.. mas pun try gak pakai.. hehehee

    ReplyDelete
  3. cantiknya instant shawl tu! bestkan shopping sbb banyak yg cantik & murah

    ReplyDelete
  4. Wahh.untung julia aktif btul ke sana ke mari.syiok ada yg beri sokongan kan

    ReplyDelete
  5. Assalam julia,
    waaaaaaaaaaaaaa
    nanti depa mai penang kaaaaaa???
    best2
    boleh pi terjah
    TAPI kat penang depa takmo blogger penang buat review kaaaaaaaaaa???
    he3

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)