Alhamdulilah, sampai jua julia sekeluarga disini, jemputan sebelum ini banyak kali dari Positive Parenting melalui email dan call. Tapi 15 Mac 15 (Ahad) rezeki dapat hadir walaupun dalam masa yang sama ada event blogger lain yang perlu dihadiri. Keutamaan temujanji disini dipenuhi melalui undangan Cik Norafini melalui pengumuman di SINI.

Betapa bertuahnya kita! 
Kalau anda turut serta anda akan tahu betapa beruntungnya anda sebagai ibu dan bapa hadir majlis ilmu pendidikan anak-anak. Kalau diluar kita perlu bayar khidmat sebegini, tapi disini ianya PERCUMA, sesi bertemu dengan pakar yang terdiri dari Doktor-doktor Pakar http://mypositiveparenting.org/experts/

Terima kasih Datuk Dr. Zulkifli Ismail (Chairman Positive Parenting Management Committee (PPMC) ini kali ke 3 dah session pernah jumpa Datuk alhamdulillah Datuk kenal masa mula2 event di Tropicana City Mall dan kedua event di Party Mommy Blogger.

The experts yang terlibat ialah Dr. Rajini Sarvanathan & Ms. Selina Ding "Meet The Expert Session"


We all as new parent sangat seronok dapat join event ilmiah tentang pendedahan dunia sebenar parenting. 


Apa yang Julia belajar direct dari pakar ialah 2 konsep Bermain dan Keyakinan Diri.

Bermain?
Apa yang anda faham dengan bermain?
For sure banyak jawapan daripada kita adalah permainan anak-anak bukan?
The expert banyak menerangkan bahawa konsep BERMAIN adalah kita bermain bersama-sama anak-anak. Bukannya biarkan anak kita bermain seorang diri dan dengan rakannya sahaja dan kita jadi seorang tukang tengok dan tukang marah. Sure tukang marah siapa lagi kalau bukan kita sebagai ibu bapa pening melihat anak-anak sepahkan permainan. No no no, dont do that.

Sebenarnya, KITA ibu bapa yang perlu mengolah cara bermain dengan anak-anak. Contoh soalan dari expert.


Apa yang anda akan lakukan terhadap:
  1. Botol air kosong - jawapan dari peserta isi air ikut warna/abc label/bowling and etc
  2. 1 kain besar - jawapan dari expert buat permainan Peek a boo, I see you!

Anda sebenarnya tak perlu beli permainan.
Apa yang kita kena tahu sekeliling kita itulah idea permainan untuk di kecil...itu sebab bila kita belikan mainan mereka tak terlalu obses, apa yang mereka minat adalah apa yang kita lakukan seharian contohnya bermain masak-masak gunalah medium periuk yang selamat untuk anak-anak, menyanyi bersama-sama, melukis gambar ibu bapa dan keluarga, dan biarkan mereka lepas berlari di luar seperti padang yang luas. 

Alasan kita sibuk bekerja? Gadjet kan ada.
The Expert cakap....itu alasan, tak boleh diterima. Ambil 1 jam setiap sehari please ya bermain dengan anak-anak apa sahaja aktiviti berbasikal atau apa sahaja yang mereka minat. Gadjet boleh tapi hadkan penggunaan, banyak lagi port aktiviti yang boleh kita luangkan bersama.

Dr. Rajini Sarvanathan request mommy blogger tanya 1 soalan, anything katanya. Rasa diri sangat dihargai, julia memang suka duduk depan, ilmu ini sangat berharga rugi dok belakang. 

Julia tanya "Konsep bermain dengan anak-anak bagaimana caranya kita nak pupuk mereka supaya anak dapat bermain aneka jenis permainan dan bukan tertumpu kepada 1 jenis mainan yang digemari sahaja. Perlukah kita beri pujian kepada anak setelah mereka berusaha tapi tidak mencapai aras yang dikehendaki. Mohon pencerahan"

Jawapan: Caranya kita buat DIY games or anything, anak-anak suka warna terang, gunakan medium pelbagai warna untuk menarik perhatian mereka, gunakan mimik muka, intonasi suara yang ceria dan kita yang sendiri perlu pandu mereka agar cuba bermain dengan permainan baru. Pujian sangat perlu, terlebih puji tak bagus, kita kena puji anak untuk bina tahap keyakinan diri yang bagus.

Jom lihat 12 gambar session Q & A julia bersama the expert.
Kredit Picture By Official Photografer Positive Parenting





Bergambar kenangan with The Experts.
Datuk Dr.Zulkifli Ismail (Chairman Positive Parenting Management Committee (PPMC) dan Dr. Rajini Sarvanathan.

Ada 5 video khas julia snap di event ini khas untuk ibu bapa diluar sana, saya tahu anda dahagakan ilmu, ini ada cebisan ilmu, selebihnya nanti anda sendiri tentukan bagaimana nak guna medium yang baik untuk mencorak didikan anak2 sejak dari dalam rahim lagi. Jom tonton.

Rasa dihargai betul bila Datuk Dr. Zulkifli Ismail ucap welcome to mommy blogger. :)





Selesai session, kami semua diberi sorang satu door gift, ada 3 bungkus makanan dan buku

Banyak buku julia dapat, dapat 1 fridge magnet besar lupa nak snap gambar soon julia upload hehhe jom baca kt opis. Yes!

Bergambar dengan Cik Norafini Sekretariat Positive Parenting, terima kasih cik jemput sis melalui email, call dan jemput sis diluar Borders, sis sangat terharu dear. Till we meet again ya, lets ikrar parents!

With my beloved husband, Habibullah Radzali and my son Qaiser ilman (2 year 7 month) thanks a lot dear darling temani wife serap ilmu dari experts...rasa diri sangat bermotivasi. Yeahhhhhhhhhh!
Terima kasih Positive Parenting.
Terima kasih all The Experts...session yang sangat enjoy dan best! Tak terkata!
Terima kasih kepada anda yang membaca entry ini kerana berikan sedikit masa emas anda untuk serap ilmu parenting.

Ahamdulilah ilmu ini kita sama-sama perlahan-lahan ubah, amin.
InsyaAllah julia and husband will join another session from Positive Parenting again. Don't forget to join us soon ya. Bubye!

9 Comments

  1. Aiseyyy ruginya rasa tak attend! Syamim demam campak ritu...next time kena pegi jugak2..insyaalah. tq dear for this sharing...

    ReplyDelete
  2. a good sharing! well done julia!!

    ReplyDelete
  3. gud sharing kak! nnti ida jadik moomy boleh ida follow k ;))

    ReplyDelete
  4. wah pandai julia bagi soalan. kak cuma natural parenting, main khemah dengan selimut, main sembunyi, pastu tanya:)

    ReplyDelete
  5. Thank you Pn Julia for not only attending but also summarising our experts' content and sharing here at your blog! :)

    Secretariat Positive Parenting (Muhaini)

    ReplyDelete
  6. free knowledge.. huntung pegi join.. banyak ilmu dapat..

    ReplyDelete
  7. lahh dh terlentok dh sikecik tu hihi

    ReplyDelete
  8. bagus kak.. saya nk try kt ank buah la...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)