Seronoknya Bercuti di Hatyai Samila Beach Songkhla Thailand | Part 6
Seronoknya Bercuti di Hatyai Samila Beach Songkhla Thailand | Part 6 - Sejurus menuruni bukit dari Hatyai Municipal Park dan IceDome kami terus diberi tahu oleh tour guide Mrs Ooi kita semua akan ke Samila Beach, perghhhh inilah klimaks holiday yang julia nanti-nantikan selama ini. Bila kita tengok apa keistimewaan Hatyai pasti Pantai Samila Songkhla catat rekod yang paling tinggi tempat yang wajib dikunjungi oleh warga pelancong dari seluruh dunia. Tak sabar nak lihat kecantikan Pantai Samila, jangan lupa tonton 2 video yang julia sempat rakam ye, pasti anda semua termasuk dalam pengembaraan julia di sana, jom!
Terlepas nak baca entry lepas click link bawah
Perjalanan memakan masa agak lama sedikit nak ke Pantai Samila Beach dalam lebih kurang 15-20 minit dari Hatyai City. Rasa berdebar-debar betul nak ke sini, yelah selama inikan asyik dok tengok pantai di Malaysia je kan so why not kali ini kita nikmati pantai yang cukup berombak ganas dan sangat cantik disini. Ganas? Nanti korang tonton video dibawah ye. Cuaca agak panas tika ini, boleh rasa bahang kalau buka tingkap kereta tour guide ni, nasib baik tempah naik kereta, kalau naik tuk tuk mau yer banjir peluh ngan Qi lagi rimas. Jangan kerana nak jimat korang menyusahkan anak2 korang ye. Jimat berpada-pada.
Nak Sampai!
Rasa macam tak percaya je, kami dah nak dekat sampai, banyak kali tanya Mrs Ooi, dah sampai ke, dah sampai ke, ni ke Samila Beach, Allahuakbar! Kenapa cantik sangat, kenapa ganas sangat ombak tu macam nak makan pantai je. Ketahuilah pantai samila hatyai yang terletak di Songhkla ni sangat putih bersih je, alahaiiiiiiiiii tak sabar!
Meh sini tonton video khas dari Julia.
Sedikit penerangan yang lembut dari Mrs Ooi.
Samila Beach View
Huwaaaaaaa, meriah ye kt sini kawan-kawan, husband julia nun jauh dok tolak buggy Qi, disini ada pelbagai jenis makanan dijual, ada jual telur rebus tapi tengok macam ada anak ayam je dalam tu gulpsss tak beli pun, pastu ada jual...nanti korang tengok apa kami makan sat lagi na hihihi, jom jalan2 ambil angin laut aummmmmmmmmm!
Golden Mermaid Statue - Patung Duyung Emas
Sejarah terkenal tentangnya ~
Ia diperbuat dari tembaga pada tahun 1966 Jitr Buabus. Mermaid ni sebenarnya tengah sikat rambut dengan sikat emas di tepi Pantai Samila pada waktu malam (amboiii kaya mermaid ni ehehheheh). Pastu dia terserempak dengan nelayan muda. Mermaid tu takut terus dia berenang ke laut semula. Nelayan muda tu dok tunggu-tunggu la kemunculan mermaid tu tapi hampa...ni version yang aku baca la.
Version kedua plak aku baca dalam internet mengatakan duyung ni menangis, tak pasti dia menangsi pasaipa dekat pantai ni plak hahahhaha adoiii
Apa-apa pun lagenda cerita patung ni membuatkan pelancong-pelancong teringat2 untuk bergambar dengannya hahahha tengoklah lautan pelancong kt sini ramai.
Qi dah mula penat tahan sabar, lama yer diorang bergambar haishhh tengah panas plak tu hehehhe
Disebabkan hari-hari pelancong datang ke sini maka sejarah yang tercatat disini agak semakin pudar, nak baca pun x nampak apa dah sangat hehehhe
Akhirnya, dapat bergambar dengan patung duyung ni weh, dah la x pakai baju, malu la nak bergambar dekat2 hahahhahahahhaha...ambil dari jauh je dah cukup puas!
Gambar walid Qi cantik sangat! Bersinar2 patung mermaid ni hahahha
Jom hayati Pantai Samila, ombaknya besar dan udara sangat kuat.
Ya Allah tak terkata!
Abadikan moment disini...tuan tanah rasa sangat seronok!
Yes i did it! Wehuuuuuuuuu :D
Coconut Ice Cream Hatyai Speacial
Jangan lupa! Jangan lupa catitkan dalam diary anda lepas nikmati view pantai Samila, pastikan anda cari tauke jual "Coconut Ice Cream". Ranking dalam pencarian makanan sedap di Hatyai inilah salah satu yang korang harus cuba dan rasai limpahan aiskrim homemade dengan pelbagai jenis kekacang dan manisan. Sedappppppppp!
Uniknya disini, mereka menggunakan tempurung kelapa muda dibuat bekas aiskrim waaaaaaaa unik beb!
Hirisan isi kelapa muda, pulut, roti bakar, dan pelbagai jenis manisan yang terdapat dalam ini. Sudah semestinya kedai ni sangat bersih, orang dia pun bersih, tu sebab suka beli dengan dia ni, ada banyak jual coconut ice cream, tapi kami survey ini yang unik!
Akhir sekali homemade ice cream...perghhh!
THB20 - RM2 sahaja 1 bekas
Murah hoiiiiii...rugi kalau korang dah sampai sini terlupa nak mkn yang ini...
Qi dah tak sabar dah haaaaaaa, siap jerit2 kt tauke tu awat lama naaa nak bg kt dia hahahahhahahhahha...kelakar Qi ni tau hantu aiscream betul hehehhe...jom mkn sambil berkelah jom!
Awattt la muka mek julia tu senyum gitu kahkahkahkahkah sebenarnya gambar ni tak jadi, tapi masukkan juga sebab muka aku tu unik sangat (bluekkkkkkkkk) aku nak buat mimik muka sedap dah tu tak ready lagi asben aku dah snap hahahhaha...kami berkelah kt sini bawah rimbunan pepohon pokok di tepi pantai Samila, nyaman beb tak yah bentang tikar bagai, cari port bersih duduk je lapik selipar udah!
Muka sebenar! Wakakakakkaka...
Kami beli 3 Coconut IceCream, satu untuk julia, satu untuk Qi dan satu untuk Tour Guide kami Mrs Ooi yang senantiasa bertabah menunggu kami, jangan kodokot nak belanja tour guide korang tau, kalau nak servis terbaik, sekali sekali belanja dia makan tau, kasi ambik hati gitu.
Touching!
Mrs Ooi ni dah umur 50 tahun tau tapi ko tengoklah dia kuat beb, mak-mak sangat tour guide aku ni, dia suka tengok keletah Qi, dia x marah tapi tersenyum je tengok Qi, Qi ni ngada tau nak bukak kasut la itu lah inilah ngada sangat ni, Mrs Ooi layan je...walid Qi snap gambar ni alahaiiiiii tetiba inilah gambar candid yang paling win setakat ini.
Ya Allah! Fengsan 10x aku!
Krup krap krup krap haaaaa kami nikmati udang goreng ranggup ni weh...
THB40 - RM4 je u olls murah pastu berlambakkkkk
Sos thai tu sedap...cicah lagi nak lagi...lagi dan lagi...sampai aku pun jadi udang dah hahahhaha
Bergambar dengan Kuda Berbayar
Aku tak naik kuda ni weh, hahahha sebab aku ni penakut sikit, kang dia bawa aku lari tak balik Malaysia aku kang hahahhaha, eh nak bergambar ngan kuda ni pun kena bayar...ek elehhhhhhhhhhhhhhhhh takpe la kasi can la kan menderma sambil bergambar gitu. THB50 - RM5 jeee...so ko pose la sampai lebam depan kuda ni hahahha
Kat sini bersepah orang menunggang kuda, kuda padi jenis kecik je tu yg aku kesian tu, kang aku naik patah pinggang hahahhaha tp gambar je pun dah puas hati weeeeeeee bersih kuda ni baikkkk je.
Tak jauh dari Mermaid Statue tu korang jalan je terus ke depan, kalau sesat tanya je mana patung kucing dan tikus, haaaaa ini pun popular tau. Ada sejarah dia kenapa diorang bina patung ni. Apa-apa pun jom lah bergambar dulu sedas...eh berdas das hahahha
Ecehhh siap peluk, siap cium ko cik tikus ni hahhahahha besar betul diorang reka patung gergasi ni weh
Nanti korang pi sana leh baca kisah kucing dan tikus kt situ tau. Tak pun google je.
Mata tak henti-henti memandang kali terakhir berada di Pantai Samila ni, alahaiiiii dah nak bertolak ke destinasi seterusnya, rasa macam tak puas campak segala masalah kt sini, ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata...seronokkkk tgk Pantai Samila ni weh, tengok gelagat orang Hatyai, tengok gelagat pelancong hahahhahah ketawa je kami dok sini moment kelakar banyak :D
Okey, aku dah rindu semula disini, inilah part yang aku tak suka nak cerita, setiap kali aku balik Malaysia, aku tak nak karang entry sedih, tapi sekarang aku sedih sebab aku tinggalkan banyak kenangan disini...mana tahu ada rezeki aku datang semula ke sini kan....
Destinasi seterusnya ialah ke Chang Puak Camp Hatyai...bagi gajah makan setandan pisang...hahahhahhahaha ada kisah lucu...tunggu part 7 minggu depan...happy weekend geng!
Bahasa Thailand
Are you hungry - Khun hiew mai
18 Comments
5 hengget je udang??5 hengget je udang...heyyy dah kenapa murahhhh...geram pulak kiter wak..hahaha..
ReplyDeleteehhh akak pun tak berani naik kuda..serammmm takut jatuh kot ye jugak..
Duyung tuh pemes betul kan...ramai je orang kerumun nak amik gambar...pas tu lama plak nak tunggu giliran...kalau tetap nak abadikan...kena jer la tunggu...hehehee
ReplyDeleteseronoknya ambik angin tepi pantai. ehii apesal murah sangat udang tu, eskrem macam tu nani baru lepas makan minggu lepas. heheh :D
ReplyDeletexsabar nk pergi lg nanti.hehehe
ReplyDeletePantai ni memang cantik...tapi kalau tgk sekarang ni lagi lebih cantik you. Owh patung ni time tsunami xder rosak pon kan... hihihi gold dia dah nampak sikit...that time kami pergi gold dia pudo, dah nampak macam greeny sikit... patung tikus and cat tu baru...owh, nak kene ke sana balik ni... repeat =)
ReplyDeleteadui julia ni, suka wat orangs sedih..sedih coz dah terliur..hahaa
ReplyDeleteAllah.....udang tuh krup krap murah pula tu...makin x sbr nk p hatyaiii...camne ni....iskkkk...
ReplyDeletebtw julia kt ampg point ade 1 kedai br buka jual coconut ice cream. sila terjah
Ena rindu Ais krim kelapa kat Songklaaa! Letak pulut! huaaaaaaaaa sedapnyaaa. Masih teringat ingat suasana kat sana
ReplyDeleteseronoknya jenjalannn :)
ReplyDeleteeskrem tu kalau pi kelantan pun ada ju..kt area rantau panjang..nama dia eskrem baba..tapi yg kelantan punyer manis sgt huhuhu...mkn skit je dah loya..plus klu makan mmg kena kongsi..sbb dia letak bahan bahan selambak..
ReplyDeleteand kt kl pun dah ada skrg ni..klu nak makan cari kat bukit bintang..ramai ada share kt ig..sedap..tapi akk diet hukhuk..lap airlioo jer tengok korang makan huhu
julia berjaya menggoda iolsss nak pi sini sebab eskrim kelapa tu.. hahaha
ReplyDeleteSemua nampak sgt happening..bilala nk dpt dtg sini.huhu.doakan akk dpt pegi sini dgn fmily..
ReplyDeleteBtw tq atas ingatan sis..ole2 dari hatyai tu ye..suweet sgt...
Oh myyyy....membuak-buak rasa nak gi jenjalan baca entry ju ni tau...haha...best la ju nyer sharing ni, pic pon cantik2...:)
ReplyDeleteEh mcmne boleh tak perasan patung kucing ngn tikus tue hari tue ek..nie tak puas hati nk kena pi terjah lgi nie..hehehe.. tapi kan jue makanan kt sana semua sedap...dh la sedap..murah pulak tue.. sebab tue Thailand best!
ReplyDeleteEh mcmne boleh tak perasan patung kucing ngn tikus tue hari tue ek..nie tak puas hati nk kena pi terjah lgi nie..hehehe.. tapi kan jue makanan kt sana semua sedap...dh la sedap..murah pulak tue.. sebab tue Thailand best!
ReplyDeletenak kene rancang ni.. nak kene kumpul duit ni.. nak pergi jugak..!~
ReplyDeleteauwww..memaid xmalu..xpakai baju..hahaha..coconut icecream ngan udang goreng rangup tu sgtttt menarik..dh la murah! hadoyaiiii..
ReplyDeletewahh untung sesekali belanja tour guide kan tak rugi..lg murah rezeki bestnyer
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)