Sawaadika (for females), Sawaadiikhrap (for males) Haaaaaaaa ramai tertunggu-tunggu kan nak julia review holiday baru ni kan di Hatyai, hi semua julia dah balik alhamdulilah dari mula berlepas dari KL sampai ke Hatyai dan pulang semula ke KL dalam keadaan sihat, selamat dan gembira. Syukur, Allah lindungi kami sekeluarga. 

Bagi anda yang sudah pernah ke Hatyai anda pasti dapat gambaran macam mana rupa Hatyai City kan. Bagi yang belum pernah ke Hatyai jom julia nak ajak korang tengok hotel di hatyai yang kami menginap ni dari awal kami masuk sampai check out kami sangat sukaaa....selesa sgt!


Nak jimat diskaun 10% tempah hotel klik 👉 Booking.Com

Harap Ambil Maklum
(Masuk je entry holiday akan berkilometer tips julia bagi tau, pembaca setia pasti faham corak julia, so kalau anda pertama kali berminat ke sini, baca detail setiap entry julia taip ni k, nak baca berjuta kali pun xd sapa nak marah, eh gambar pun lebih 30 keping setiap entry, so anggapla masuk je line julia ni mcm korang pi bercuti alam maya gitu hahahha)



Flight atau Kereta?
Jikalau anda menaiki flight tiada masalah untuk ke Hatyai sebab hanya ambil masa sejam atau 45 minit sahaja penerbangan mcm kami, jika anda menaiki kenderaan dari KL ambil masa sehari perjalanan tau, better korang menginap di alor star kemudian pagi2 baru keluar ke Bukit Kayu Hitam (BKH) ambil taxi di dalam BKH, kereta anda di caj sehari simpan di BKH tak mahal mana pun so dari situ bersepah taxi2 hatyai akan pickup anda dari BKH ke Hatyai dalam RM60-70 sahaja, murah dah tu tau, kalau big family sampai berbelas tu haa jgn risau ada je van-van disediakan, tak perlu booking la, pi je BKH awal pagi bersepah ada diorang plak cari korang senang kan. 

Take NOTE!
Sebelum nak pi luar negara pastikan pasport masih valid lebih dari 6 bulan....ayoooo byk julia baca review passport diorang ada lg lebih 2 bulan sebelum cecah 6 bulan kan pun kena tahan, so better pastikan passport korang tu lebih setahun punya valid kalau nak selamat, ingat tau jangan main-main.

Alhamdulilah, jam 10 pagi (waktu Malaysia) sampai sudah depan hotel ni.
(Waktu di Hatyai jam 9 pagi lambat sejam dari waktu Malaysia) senang je nak ingat.
Selamat tiba syukur naik taxi je dari airport berlambak ada, tak yah nak booking2 la weh, susah2 je, diorang yg cari kita kikiki apa lagi selfie dulu sedas...eh Qi takde gambor hahahha kasi can la boyfriend gilfriend ni nak ambil gambar berdua kennn!

Cuaca sangat baik, mendung je tp tak hujan la, pastu bisik kt suami leh ke ek check in awal dari jam 2 ptg, boleh kot kan...kita pi try tanya kt lobby tu...Qi sekarang dah pandai sebut hotel ko tau tak, mampus la semua bangunan cakap hotel hahahhaha

click link ats ni untuk lebih detail
(korang pasti tak kecewa tempah hotel ni melalui AirAsiaGo dekat je ngan town)

Haa sampai je kt lobby ni kami disambut dengan 2 orang dewi mek Siam (customer service) yang sangat friendly, julia kalau dah jumpa orang friendly ni aku jadikan kawan, diorang ni sangat cantik tau mek2 siam ni, kulit gebusss, pandai speaking english, so aku pun anyam ketupat english broken kt diorang pun diorang faham wakakakaka... ;p

 Yang best yer aku leh check in awal, jam 10 pagi dah leh masuk bilik yahooooooooooooo, sebab dah booking dalam AirAsiaGo kan sekali ngan flight so dikira dah booking awal, so no need nak tggu bilik kena kemas ke apa kan, i suka laaa, kalau di KL kebanyakkan hotel mmg dipaksa kena tggu jam 2 baru leh check in, disini alahaiii mudah betul leh masuk awal, jimat masa leh la ikut tentatif Hatyai yang julia buat awal sikit, byk tempat leh usya...jom!

We all dapat bilik tingkat 8, view Hatyai City, 
yeahhh korang mention nak bilik View City tau baru cantik!
Room 807 sebelah lif je pun perghhh senang koje kami nak balik lewat hahahhaha

Suami julia cakap Woaaaaaaaaaaa, Qi cakap Woaaaaaaaaaaa, julia cakap besttt yerrrrrrrrrrrrrrrr, hotel V.L sangat cantik dan selesa, bau wangi! Budak bell boy tu pun sgt baik hati, dia buka kan lif, htr barang kt kami, siap snap gambar kami, semua dia buat sambil tersenyum, sukaaa, asben ckp kalau gini tiap2 tahun la nak pi hatyai hahahhaha
Tengok la Qi sakan dia nak usya hotel.

Executive Room 
Julia booking ada dua katil click view detail SINI

Hotel V.L ni murah je semalam, taraf 3 bintang je pun dah selesa sangat sini, TV besar gedabak, lampu dia wpun jenis paten lama tp ju suka, ju kan jenis suka old school sikit...omey, peti ais ada, sejuk, bersih! Tau la kami nak penuhkan peti ais hahahaha, carpet hotel ni pun bersih, sedap je empuk kaki nak tekan...eh nak tidur bawah pun boleh la kalau anak ramai sbb space dia besar, request bantal je lebih hehehhe

Penat menaip...eh take 5 jap...korang pi tgk gambar dulu eh.

Apa lagi nak? 
Tengok muka anak sendiri seronok dah rasa mcm berbaloi sangat percutian ni, tak kesah la dekat ke jauh ke ada duit lebih apa salahnya bawa diorang pi bercuti tgk budaya orang luar kan, jgn negatif sangat pemikiran kata bahaya la negara Thailand ada bom sana sini, eh korang tau ke ajal maut ko tu bila? Kalau aku tau sah2 aku tak pi weh...dah tau nak mati bila, hehehe, yg ptg baca berita di sini selamat cuma jika anda ke Narathiwat, Yala atau luar jauh dari Hatyai ada pergolakkan di sana jauhkan lah ye...ini bukan julia cakap tp julia sampaikan dari driver hatyai yg speaking english ala2 london tu...janji paham udah!

Jom usya bilik air plak...
aku suka ada bath tub, masa buat pemilihan hotel ni aku tak tau plak ada bathup, melompat jap aku dalam bilik air hahahhahhahahahha di luar sangkaan, cantik weh bath tub dia, sempoi dan bersih, tuala dia aku bau bersih ada 4 helai, sukaaaaaaa!

Aku suka review part bilik air, hahahha tempat termenung harus la kena aku utamakan wakakakaka, haaa janji ada air pancur tu, takkan nak lap2 pakai kertas cm mek omputih, hahahha selamat leh bg anak mandi, bath tub tu ju ngan asben konker malam2 syhhhhhhhhhhhhh diam2 je lah hahahhahahah






















Cermin bilik air hotel ni bapok besar, eh bersih aku cakap ni real bersih, takde satu bau pun keluar hahahha, sabun ni kami bawa balik, sayang nak pakai, leh gitu heheheh





Hair Dryer pun ada you! 
kerlasssssss ko, senang nak cuci rambut pastu set dryer cpt kering nak pakai tudung, kekadang baju Qi terbasah pun aku on je hair dryer ni hahahhahhaha

WiFi personal
Haaa lepas check in service customer tanya berapa ramai nak guna Wifi, kami cakap 3 orang hahahha Qi pun nak tgk upin so dia bagi kami 3 nombor log in yg berbeza, saje minta lebih, lg sehelai kertas tu simpan dlm poket kiki
Lajuuuuuuuuuuu weh WiFi sini, kalah internet kt malaysia tu, haishhhh suka! Tak perlu on mobile data tu, tak perlu la nak set roaming, menyusahkan je bayar mahal, guna dan pilih perkhidmatan hotel yg ada WiFi, leh wassup kt keluarga kan ckp kita dah sampai...tak pun upload gambar sedas dalam FB...weeeeeeee!

Inilah Hatyai City jam 10 pagi, mendung dan sangat romantik, tak hujan, wpun di Malaysia banjir teruk di sini selamat, syukur sebab kami booking flight pun awal dan tak jangka musibah menimpa Malaysia teruk terutama di Pantai Timur, tapi nak wat cm ne, kena teruskan la, cuma upload gambar lewat sebab menghormati mangsa2 banjir dan time tak sesuai nak upload gambar2 gembira, kena hormati tp sekarang dah surut so sesuailah julia nak cerita, tu pun ramai dah wassup suh julia up entry cepat2 diorang nak baca hehehhe TQ korang yang setia baca celoteh ju heheh

View Hatyai City belah kanan ni leh nampak Centara Hotel dan Lee Garden (antara hotel yg plg dekat dengan town dan market) kami pun menginap dekat dengan market just jalan kaki je 5 min dah sampai :)

Selesai sudah review pasal V.L Hatyai Hotel, asben julia x putus2 puji cakap julia pandai pilih hotel yg selesa, murah dan cantik, Qi pun suka, alhamdulilah, so tanpa buang masa kami pun teruskan agenda tentatif Hatyai kami yang pertama adalah shopping di Town Hatyai! Jommmmm turun lif kawan2 heheh tak sabar dah ni.

Haaa gitu asben and beloved wife posing pertama 
kali menjejakkan kaki ke negeri Hatyai,  Thailand
Kemahen haa posing maut, hahahah kami jenis slumber je snap tgh2 city hatyai, mek2 hatyai tengok je kami tak kelip2 laki bini gila selfie, kikiki
Qi? Pasrah je la...alaaa tggu sok2 dia besar nanti cm ne....gila selfie ke dak hahahha
TIPS ANAK!
Nampak tak julia bawa buggy Qi?
Inilah plg penting kalau bercuti jauh atau dekat buggy Qi ni teman sahabat sejati umi dan walid, budak berat lebih 10kg korang rasa tahan tak nak dukung berjam2 dan meredah kedai2 yg sangat sempit dgn guna kudrat korang yang ada sangat tu, takkan?

So beli je buggy yg jenis ringan dan murah, kalau rosak ko tak sakit hati, jgn beli buggy yg mahal tp besar gabak, pastu berat, hmmmm buat penat je nak hand luggage, ni buggy Qi jenama sweet cherry RM100 je kt Tesco ada jual, leh lipat dan angkut sebelah tangan, ringannnnnnn betul, tak perlu masuk baggage flight, terus naik flight hand luggage je tau, mak pak pun ceria tak penat, anak pun tak penat.

Tut Tut (taxi)
Yeszaaaaaaaa inilah dia pengangkutan utama di Hatyai, Thailand, sorang 
THB20 = RM2.00 x 3 orang 
THB60 = RM6.00 sahaja. 
Consider mudah la, dorang pun nak cari makan gak, nak tawar sgt pun agak2 la kan, asben ju ckp jgn terlalu menekan harga, boleh tawar tp jgn menindas mereka, diorang nak bg mkn anak bini kt rumah tu pun kita tau ke cukup ke dak, anggap je korang bayar sambil sedekah...dah pahala masuk bercurah2.

Kami naik ni nak pi market jual baju budak, seluar jeans dan macam2 pakaian, so kami cakap kt driver nak beli baju market mana sesuai? Eh driver hatyai kebanyakkan pandai cakap Melayu hahahhaha so apa nk risau, bantai je ckp melayu dulu, kalau diorang x faham ckp english mudah, tak faham gak korang tunjuk baju korang tu pastu ckp mana leh beli hahhahahah senang je, tak perlu nak risau sangat kalau nak bercuti luar negara ats sikit dari Malaysia ni, mereka lg fasih Melayu...cerdik orang Hatyai!

Esok kalau sempat julia cerita Part 2 kami naik tut-tut ni tau pertama kali dengan Qi, arghhhhhhhh best naik tut tu first day ni kami naik bermacam2 tut tu hahahahhaha semua nak try, gila tut tut sekejap, tunggu tau, terima kasih membaca dan komen, nanti julia balas. Mmuahhhhhhhh!

Jom satu hari satu bahasa Thai!
I Love You = Pom Rak Khun
Nak jimat diskaun 10% tempah hotel klik 👉 Booking.Com

24 Comments

  1. Jue ada lagi satu.. sawadihaaa...utk cik pon..hehehe... wah menarik la hotel pun marvelos.. kebersihan tue yg kita nak kan..rindu nak pi hatyai lagi.. baca entri jue nie dapat la refresh blk memori kt sana.. cepat2 sambung na..=D

    psst:- Jue, jom lah join Farah sertai Bengkel Dutch Lady..for more detail baca kat blog na..>__<

    ReplyDelete
  2. wahhhh. jauhnyaa berjalan sampai ke hatyai. memang berholiday sungguh kak :D

    ReplyDelete
  3. rasanya hotel ni la dulu ain pergi...waaa..tetiba rindu nak gi hatyai...

    ReplyDelete
  4. alahaiii seronok nyer la jue..

    akak ni kene tggu adik besar sikit baru lepas nak ke luar kot kate en.suami..buat mase ni kene jalan dalam m'sia je dulu..uhuks..

    tapi yg pasti seronok nyer dpt check-in awal...awal giler tu..seronok sgt sebab dpt extra banyak jam kat situ kan!

    ReplyDelete
  5. bestnyeee ju.. xsabar nak tunggu next entry.. mentibe hujung tahun ni terus nak plan pi hatyai backpackers je laaa... misi kunmpul duit tabung! hahaha

    ReplyDelete
  6. nice info juliaterus buka air asia go!

    ReplyDelete
  7. Ni yg SA geram ...nk pi jugakkkkkk.......

    ReplyDelete
  8. mmg selesa hotel tu julia . beltullah . klu setakat rm2 tak yah la nak bargain gi kan . klu berkira sgt , org lagi berkira dgn kita nanti ...

    ReplyDelete
  9. wahhh..bestnye ju..cantik hotel ni..harga berapa 1 mlm klu x book dr airasia tu?seronok kan bile dpt wat family happy..kite ni lg la berganda2 hepi..psl buggy tu kan, teringat ms gi langkawi ms danish nk msk 2 thn aritu..abis jahanam buggy danish..agaknye dorg main campak2 je kot..murah ju bli buggy tu..ringan pulak kan..senang la nk bwk travel naik flight..

    btw, pom rak khun 2! <--btl ke ni?hak3

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak ju, salam perkenalan. wahh bestnya. sheila suka baca blog travel ni. baguslah kak ju kasi tips2, senang sheila buat iterary nanti. terima kasih ya. hehehhee

    *naik tuktuk best.. rindu nak g thailand... murah la buggy tu, memang sheila tengah cari. beli kat jusco ye? baik, nanti sheila terjah jusco (",)

    ReplyDelete
  11. qmboiii curlassss smua posing2 ye. Qi pun dah pandai amek gambar ye. btw, suka entry ni sbb bg idea nk g mana by this year. hehe

    ReplyDelete
  12. syoknya akak... saya p hatyai pon dgn pakej dlm uum ja.. nant nk p travel sndri kena rujuk blog akak ni..lengkap

    ReplyDelete
  13. kena bookmark siap2 entry julia ni.. insyaallah hujung tahun ni ada family trip ke hatyai tapi melalui jalan darat..harap2 terlaksanalah hendaknye... :)

    ReplyDelete
  14. Nak pi la jugak. Nanti klw nak pi sana kena baca entri ni balik.

    Wah syoknye ju. Berjalan aje setiap tahun

    ReplyDelete
  15. tuk tuk tu pernah naik masa pergi bangkok dulu..lajuuu sgt driver tu bawa..kiteorang yg jerit2 dalam tu hahahaha..rempit betul..

    hotel tak perlu mahal2 kn ju janji selesa dan bersih..

    ReplyDelete
  16. pemilihan terbaik kak! kemain tiap2 tahun nak pergi hatyaii huhuuhu.. jgn... jgn tak ajak ida kalau pergi! HHAHHAHA

    ReplyDelete
  17. ehh camne leh missed entry holiday niii?? haha

    pi hatyai rupanya ye..x pnh smpi lg sana...hotel tu nampak selesa..ala lgpun ju mesti jarang nk duk bilik kan? biasa dtg tpt org mesti nk merayappp jalan² cr makan, soping²...hehe~

    ReplyDelete
  18. julia.. tibe2 fifi terase nak pergi hatyai.. huwarghh.. kene rancang ni..

    ReplyDelete
  19. syoknyer kita yg duk dekat bukit kayu hitam pun belum pernah sampai lg tAKUTTT

    ReplyDelete
  20. singgah sini.. kak ju.. xbg link. huhu.

    ReplyDelete
  21. assalam nk tanya kalo nk pergi bertiga adult..depa bg ke masuk dlm bilik macam jue ambil ni? ke kena amik extra bed? malas nk book hotel mahal2..macam rugi..lagi satu passport dorang pegang tak masa check in.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau adult sampai 3 kena la minta ekstra bed bayar extra...passport diorg x pegang...selamat

      Delete
  22. Alhamdulillah, kalini mmg akan digunakan panduan Juju sepenuhnya... Insyaallah doakan kami selamat sampai kesana... Tq juju 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kalau sudi kongsi nama dan link profile, boleh kenal. Selamat holiday!

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)