Exclusive Instant Shawl by Razz Exclusive Hijab
Selesa sungguh Julia menggayakan instant shawl yang berawning terbentuk elok serta labuh dari koleksi Razz Exclusive Hijab. Sebagai seorang yang menghargai masa dan suka bergaya, Julia tak melepaskan peluang untuk mencuba trend terkini instant Carly Hijab Shawl dari pengedar sah Puan Intan Nazrah Johari.
Latar belakang Pengedar Razz Exclusive Hijab
Puan Intan Nazrah mengalami kesakitan "Slip Disc dan masalah ankle tak mampu berjalan, sehingga sekarang hanya berkerusi roda". Sebelum musibah melanda beliau, Puan Intan Nazrah adalah merupakan salah seorang Guru Sekolah di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Oleh itu, beliau tidak mampu mengajar lagi seperti biasa kerana masih menjalani sesi fisioterapi. Sekarang beliau mengambil inisiatif sepenuh masa menjadi agen online dari Butik Razz Exclusive Hijab. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang yang Julia ketahui mengenai kakak Intan Nazrah yang sangat kuat semangatnya, walaupun tidak berupaya bekerja sebagai guru semula, tapi semangat tinggi tidak putus asa untuk berniaga online sangat Julia kagumi.
Justeru itu, marilah kita membeli sambil bersedekah
dari Puan Intan Nazrah serta berdoa kepada beliau agar dapat berjalan semula seperti insan normal yang lain. Amin.
Terpancar kepuasan hati setelah memiliki dan merasai pengalaman memakai Carly Hijab Shawl
Baru-baru ini, jadual kerja Julia sangat padat, sehinggakan perlu bekerja sehingga lewat malam. Kadang-kadang pemakaian shawl biasa mengambil masa begitu lama dan kadang-kadang lepas solat perlu lilit semula berulang kali. Jemu dan pening kepala, terfikir adakah Julia perlu melangkah setapak untuk menukar tudung shawl instant yang lebih mudah dipakai dan menjimatkan masa?
Jawapan Julia ialah YA.
Setelah banyak melakukan survey di internet tentang tudung muslimah (instant shawl), tudung instant yang sangat tepat untuk saya dan untuk anda ialah
Carly Hijab Shawl by Razz Exclusive Hijab kerana:
1) Labuh - sangat labuh depan dan belakang / boleh diubahsuai ikut panjang labuh.
2) Gaya - boleh digayakan pelbagai jenis acara dalam masa yang singkat
3) Warna - pelbagai warna pilihan dan ceria / 2 ton warna cantik
4) Kualiti - kain jenis "Heavy Shiffon" high kualiti Italian tidak mudah renyuk dan rasa terletak bila dipakai atas kepala dan bahu.
5) Awning - Awning ikut jenis bentuk muka, boleh laras menggunakan pin.
6) Jahitan - Jahitan tudung sangat kemas dan bermutu / tidak mudah keromot.
7) Masa - 1 minit sahaja pakai, sarung dan pinkan ats kepala atau di bahu.
8) Keselesaan - tidak panas walaupun double layer, kainnya sejuk dan serap peluh.
Sejak menggayakan tudung instant shawl labuh ini, masa Julia dapat jimatkan berkali ganda, setelah menunaikan solat, terus sarungkan di kepala tanpa perlu melihat cermin. Sebelum ini nak pakai shawl kena tengok cermin, kalau tak tengok cermin tak yakin rasa.
Kini Julia nak hebahkan kepada anda semua, tudung instant shawl by Razz Exclusive Hijab ini sangat praktikal dan sesuai bagi wanita seperti anda yang suka cantik dalam masa singkat, suka bergaya bila-bila masa, menepati syariat Islam (labuh) dan kelihatan berlainan memakai Carly Hijab berbanding tudung instant lain yang berada di pasaran.
Bahagian sisi:
Lihat Julia pakai instant Carly Shawl Hijab ini pada waktu cuti, pemakaian instant shawl waktu cuti lagi menyeronokkan, apatah lagi jika anda hendak menguruskan anak kecil atau keluar dengan family/ rakan2 yang memerlukan masa yang singkat untuk mengayakan shawl. Anda pasti kelihatan sangat cantik tiba-tiba.
Bahagian Belakang: Labuh dan tidak panas.
Suka betul survey pilihan warna yang sedia ada,
cantik dan boleh suai padan dengan baju lain.
Tutorial cara pemakaian tudung Carly Hijab Shawl, mudah sangat2 kerana shawl telah dijahit sekali dengan awning tudung, hanya naikkan di atas dan pin, siap anggun bergaya! :)
Penelitian Julia, kain shiffon dia jenis berat dan beralun cantik bila dipakai lama, jahitannya kemas dan tidak mudah keromot.
Alhamdulilah, berbaloi Julia miliki sepasang Carly Shawl Hijab yang sangat cantik, anggun dan bergaya muslimah.
Harga RM85 sahaja
Termasuk kos pos laju.
Termasuk kos pos laju.
HOW TO ORDER :
Wassup Puan Intan Nazrah: 012-2801676
14 Comments
kain dia nampak comel je.. comel gak org yang memakainya
ReplyDeletecantiklaaa..yang penting labuh..tu yg best tu..
ReplyDeleteLabuh dan plg best cpt sgt siapkan..akk pun skg byk pkai tudung instant
ReplyDeleteSelesa kan...mmg kena ngan Julia....
ReplyDeletecantik
ReplyDeletecomey comey..
ReplyDeleteCAntik tudung niii.. labuh dan tak jarangggggg... wahhhhh
ReplyDeletecantik.. mmg kena dengan model yang menggayakan tudung ni siap ada model kecik kat sebelah (Abam QI) hehehe..
ReplyDeletesis suka dgn kelabuhan shawl yg menutupi dada ...
ReplyDeleteAll the best to Puan Nazrah.. kagum dengan orang yang sentiasa berusaha macam beliau.
ReplyDeletecantik......suke la tudung labuh2 ni
ReplyDeleteLabuh betul ye Julia =)
ReplyDeleteSuka2...insyaallah nak cucui2 mata kejap2 lagi. HEHEHE tengok warna yang ngam dengan baju =)
Kalau yang simple2 ni senang...cepat, takder lah nak bersiap lama2..
ReplyDeletebestnye tudung labuh.. kalau shawl yang besar dan labuh memang senang nak pakai.. tak payah nak otter2 sampai tutup dade.. sekali pusing siapkan..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)