Pagi tadi macam biasa rutin, akan sama-sama tunggu solat jemaah subuh dengan family, tapi aku cuti hari ini, maka ambil kesempatan membaca buku-buku motivasi dari my mom, my mom dan abah memang ada pelbagai jenis buku motivasi, so tak perlu julia beli, just baca di rumah mereka sahaja cukup dalam 5 minit. Okey input motivasi dan garapan berguna untuk julia dan anda-anda di luar sana, apakah yang anda tahu tentang dengki? 

Cuba terangkan dalam kotak komen, dengki untuk perkara yang boleh kita bagi semangat untuk terus berjaya itu adalah positif. Tapi jikalau dengki berterusan tanpa usaha untuk kenali hati budi seseorang itu dan dengar dari luahan mulut orang lain, cakap belakang, tak berani nak bersemuka, apakah saham yang korang dapat? Tepuk dada tanyalah iman anda, jangan ditanya perempuan lindungan kaabah dan seangkatan dengannya :) *pasni mesti ada gosip kata perempuan lindungan kaabah mula bg khutbah hari rabu, hahahhaha silakan gosip. Yang julia cuba nak sampaikan disini tiada kena mengena dengan anda di luar sana, tapi pagi ini Allah rezekikan julia pada pembacaan yang tidak sampai 1 min tapi membuka mata hati kita tentang firasat dengki, iri hati dan kebencian melampau terhadap sesama umat.

Rezeki ternampak di meja my mama pagi tadi, Allah nak bawa julia baca 2 cerita pengajaran tentang dengki. Jom baca yang julia highlightkan.

Syair Sahabat
Pada zaman Rasullullah, zaman yang terkenal dengan syair, syair tentang sahabat dan cari sahabat yang bersungguh-sungguh jaga kekurangan diri kita dan aib kita. Dimana? Kita tahu kan siapa mereka. Anda yang tengah membaca slot entry ini adalah sahabat julia, julia tahu anda sebenarnya sangat mengambil berat, dan tidak mudah mendengar dari cakap orang lain, persepsi orang lain tidak sama dengan mendengar sendiri dari tuan punya badan. Hati-hati bila berbicara ttg aib orang, takut jadi fitnah berpanjangan.

Cerita Benar Pertama
SubhanaAllah, sila baca ye kawan2, jgn scroll je ye, julia nak anda semua dapat input apa yang julia cuba sampaikan.
Sinopsis
Sedangkan dengan adik beradik pun boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan seofis yang tak bertegur sapa walaupun hari2 berjumpa, jika tak suka sekalipun, hanya sampaikan salam semasa masuk di pintu masuk utama mewakili semua orang, sudah mencukupi. 
Kedua, amal ibadat baik macam mana sekalipun, kita kena bersihkan hati setiap malam dari firasat dengki mahupun seangkatan dengannya, itulah lg setapak yg boleh masukkan kita didalam syurga. Maafkan semua pendengki, maafkan diri sendiri yang suka dengki2 dan julia nak cuba latih diri supaya senantiasa amalkan konsep memaafkan semua orang sebelum tidur. AMin

Cerita Benar Kedua
Kisah cerita Mu'awiyah dengan Abdullah
Rakan seperniagaan yang saling mengusahakan tanah pertanian
Tapi sadisnya...baca ye.

Bagus tindakan positif Mu'awiyah, walaupun Abdullah dengki dengan beliau, tapi tidak sedikit pun Mu'awiyah balas dengan negatif, malah dibalasnya dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi untuk sahabatnya Abdullah. SubhanaAllah!

Syukur Ya Allah, sekali sekala kita kena ada motivasi diri untuk melangkah ke hadapan jika mengalami situasi dengki , iri hati manusia, contoh cerita ini balik nanti julia nak sampaikan kepada suami, beliau banyak melalui liku2 alam perniagaan yang sangat dasat, perlu motivasi membina dari isteri setiap masa.

Semoga entry ini bermanafaat untuk anda dan diri julia sendiri. 
Amin.

19 Comments

  1. Yer, inilah yg sedang sy hadapi skrg ini... PHD yg tinggi dari rakan pejabat... dia org baru, sejak kehadiran dia... segalanya berubah... gengkinya makin menyerlah... tp sy yakin, itu suma dugaa yg plu kita trima... dan sy yakin bahawasanya balasan tuhan itu adil, kalu tidak kene pd kita, akan kene pd anak kita... dengki yg sntiasa bersarang di hati manusia... ape pon sy cuba maafkan dia tp hanya allah yg ketahui...

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak.. apapun think positif.. mereka nak dengki lantak pi depa, sebab mereka melukakan hati sendiri.. tapi kalau sampai maruah kita di jaja, kita should ambil tindakan sewajarnya

    ReplyDelete
  3. tertarik dengan entry ini... memperingatkan kita dengan pemilihan kawan kita.. jika dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita sedikitnya.. jika dengan tukang besi, baunya pun terpalit juga...

    ReplyDelete
  4. ju... mmg bgus cerita ni.
    lin dah lama maafkan sesiapa yang pernah buat salah. dan sedaya upaya lin tak nak ulang lagi salah dengan org ... samada maaf atau tak, itu terpulang. lin nak bersihkan hati dari semua hasad dengki... dan cuba sentiasa positive.

    ReplyDelete
  5. A good sharing ju..
    Semoga manfaat kpd semua yg baca

    ReplyDelete
  6. Dengki ada dua... Satu positif dan satu lagi negatif.. Ini menurut persepsi akak la ya..

    Dengki yang positif ni bila kita tengok orang lain berjaya, bahagia dan sebagainya iaitu yang baik-baik sahaja, maka kita akan turut berazam untuk menjadi seperti dia.. Walaupun level mungkin tak sama, tapi tujuan ke arah menuju kebaikan dan kejayaan itu yang penting.. Bersaing secara sihat..


    Dengki yang negatif pulak macam biasa la, dok buruk-burukkan nama kita dan sebagainya.. Alaa, macam yang selalu keluar dalam drama dan novel Melayu tu laa.. hehehe... *padahal banyak lagi yang positif boleh diikut namun yang negatif jugak yang dipilih..


    Moga dijauhkan segala yang negatif dari jiwa dan minda serta kehiudpan kita.. Amiinn... Jika ada rasa negatif tu, tukar kepada positif..

    ReplyDelete
  7. GUD SHARING JU.muhasabah diri sendri.

    ReplyDelete
  8. Pujuk hati dgn iman bagi memberi kemaafan. Pasti mereka yg dengki akan insaf andai kebaikan yg dibalas seperti dua cerita yg Ju paparkan.. jadikan teladan..

    ReplyDelete
  9. betul tu..dengki biar pada perkara yg positif..kena bersihkan hati..semua mula dari nawaitu..oh..ckp mmg senang..hihi

    ReplyDelete
  10. fikir positive.. bersihkan hati.. doa mereka pon sama dapat bersihkan hati dr sifat dengki. in sha Allah

    ReplyDelete
  11. selalu ingatkan diri utk maafkan org , bersangka baik dan berfikiran negatif walapun hati sgt sakit dan terluka ... selebihnya serah jer kdp Allah ...

    ReplyDelete
  12. Situasi tu ada di mn2 shj ju..akak dah alami dari awal akak kerja kat kl ni....nk buat mcm mn...maafkan aje la..people talk behind your back normally for 3 reason. .
    1. When they cant reach your level
    2. When they don't have what u have
    3. When they try to copy your life style but they cant...

    Akak selalunya move on...mls nk peduli

    ReplyDelete
  13. Biar orang dengki kat kita ...kita jangan dengki dengan orang...

    peringatan untuk diri sendiri jugak...

    ReplyDelete
  14. dengki yg positif ok la..
    kang opis ni skang tgh panas psl dengki mendengki ni..nape la manusia ade sikap cmni kan..sedih sgt..kite xkacau orang pun..orang dok sibuk ngata hal kite..

    ReplyDelete
  15. sekarang menjadi2 PHD yang tak elok tu.. kadang2 sampai berilmu hitam.. risau takut.. kalau dengki yang elok.. untuk motivasikan diri ok la..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)