Hari ini dapat surprise email dari pihak photografer Utusan Malaysia, terperanjat tau tak banyak gambar yang diemailkan kepada Julia hari ini, hari ini gak publish dalam blog hahahaha happy punya pasal kan. So, ke semuanya ada 10 gambar hasil dari kamera DSLR canggih beliau. Kalau terlepas baca apa yang julia maksudkan sila click link dibawah.


Dulu berangan dan ada hati gak la nak buat single photoshoot tapi segan lahai pastu nak kena bayar harga sudah tentu mahalkan nak upah photografer berpengalaman lagi. Ini julia kebetulan dapat jemputan dari pihak Utusan Malaysia nak temuramah julia di Taman Herba Tasik Perdana Kuala Lumpur sekaligus photoshoot. Berbunga-bunga rasa hati weh, dok pikir nak pakai apa ek. Nanti baca kt bawah sekali ju mention. Alahai sejengkal je dari Parlimen ke Taman Tasik Perdana ni tau, syukur alhamdulilah. Berdebar tapi dalam masa yang sama seronok sangat dengan rezeki ini.

Dalam 10 gambar ini dari huruf A hingga J (gambar yang mana paling best sekali) untuk julia buat tempahan frame besar-besar gantung dekat rumah ek? Nak buat kenangan hihihi mohon korang komen pilih huruf dekat kotak komen dibawah sekali tu ye...pilih dari gambar huruf A hingga J, paling banyak huruf yg sama itulah nanti julia akan hantar kedai utk frame besar2... jom tengok disebalik tadbir yipppiiii :)

A
Sebenarnya tak reti nak pose single outdoor photoshoot, hahahha time ni rasa jantung dah kt luar tau tak, berdebar sgt2, tp tengok gambar ni kemain relaks je mek ju tu kan...pose kaku hahahhahaha nsb takde peace kalo tak hancus gambar kikiki

 B
 Photografer utusan minta julia buat aksi berjalan plak atas tanah tu weh, hahahha dah la pakai kasut tumit tinggi, akar pokok banyak plak tu, ish berdebor kang terjatuh terpeleok baru tau hahahhaha ni muka cover tahan gelak tu weh, series korang tgk blogger picisan ni serius kan? Tapi dia dok tahan ketawa kahkahkahkah, kaku aku weh ngeee :p

C
 Eceh! Diminta pose sentuh dahan pokok besar ni, mcm rupa idol alam semula jadi plak hahhaha yelah pakai baju hijau ngan tudung hijau bronze tu...lagi ar meresap ke dalam hutan tu, amacam gambar ni tampak natural je kan...weeeeeee

D
 Bila disuruh pose gambar dekat kamera, mengelabah weh, mula ar keluar peluh betina tu hehehhehe, korang tengok kemain cincin hijau gak kan, nak gak sedondon gitu (cincin batu hijau ori beli kt madinah), aksesori simple je, sebab xnak la orang cakap aku ni cm mami jarum, gelang sebemban mutiara hahahhahaa less is sweet right, amacam gambar ni? Oke next...

E
 Lebih kurang macam gambar diatas posenya, tp gambar ni nampak sgt ciri keibuan terserlah hahahhaha angkat bakul nampak...kan betul kan...rasa cm omey jer gambar ni, suka la sebab x nampak aksi dibuat2, aksi bersahaja tu yg natural look...aummmmmmm.

F
 Haaaa, sesi shoot outdoor pandang ke langit u olsssssssss hahahhahha eh korang tau tak, time ni betul2 kamera gedang tu dok bawah skirt i tu tau tak...mula ar pk ape photografer ni nak shoot hahhahahhaha ooooooooo suh pandang atas sana pastu dok tegap...eh cantik betul latar belakang tu kan...pepohon hijau mengelilingi julia, sejuk mata memandang, seolah-olah merestui julia dan team utusan ke situ, cuaca pun cantik sangat2, wahhhhh korang gambar ni ok ke ek nak cuci besar2?

G
 Berlatar tadbir pepohon hijau di Taman Herba Tasik Perdana dengan di lingkari akar pokok yang banyak, what a nice photo single outdoor.....i suka sangat this photo...inilah julia, yang senantiasa tersenyum ketika pertama kali berjumpa atau sudah byk kali bersua muka...i love smile...hehehhe so pose pun relaks je...i be my self :)

H
 Ada meja picnic, so reporter Utusan dan photografer minta julia bentangkan ke semua hasil bacaan julia mengenai isu vaksin pneumococcal, majalah kesukaan julia adalah dari Positive Parenting. Itu memang julia paling suka baca sebab sangat bermanafaat untuk julia dan keluarga. So, pose sambil membaca...hehehhe seriussss ye kihkihkih

I
 Tadi serius kan, so sekarang kena senyum, itu pun lepas arahan photografer, yelah debor weh, sampai lupa dh nak buat apa senyum ke serius ke hahahhaha dah la x pandai pose, tapi satu je julia ingat, buat je bersahaja, jadi diri sendiri kan.

J
Last but not least, inilah gambar bersama album Photobook yang julia pernah hasilkan semasa menjayakan Kempen YES : I Am Protected di Tropicana City Mall tahun lepas bersama doktor2 pakar, penganjur program dan ibu-ibu yang ramai hadir bagi menjayakan program tersebut. Korang boleh tak baca air muka julia tu? Air muka julia tu menyampaikan mesej yang sangat mendalam untuk anda diluar sana. 
Pneumococcal ~ Don't Get It, Don't Give it!
Get Pneumococcal Vaccine 1st!

Baju dan skirt by Butik Top Girl, Semua House.
Shawl by Kedai Jalan TAR
Makeup artist by Lina
Aksesori by Julia

Nanti korang vote ye gambar yang mana best sekali untuk julia buat tempahan frame canvas besar2, nak kumpul duit print sebesar dinding boleh hahahhaa...thanks a lot semua, nanti julia blog walking back ye.

27 Comments

  1. jue, aku rse G the best sbb ko nmpk natural pose + natural surrounding.. bila tampal kat wall nmpk sejuk je..chewahhhh..hahaha

    ReplyDelete
  2. semua cantik. tapi kalau nk gantung kat dinding, yg G sesuai. hehe.

    ReplyDelete
  3. vote for G!! Hehehe.. cantik gambar..

    ReplyDelete
  4. memandangkan daku dlu penah jd photographer.. wlupun xterer... gambar F paling daku suke tuk diframekan...
    F pilihan saya..

    ReplyDelete
  5. bole pilih lebih dr 1 x?
    C,G,F..heheh..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak print canvas letak kat rumah better C

    Kalau nak print canvas letak kat bilik opis F.

    sekian dari saya allene

    ReplyDelete
  7. I & F..eh semua la ju hahaha..cantik gambar2 nya..teringin nak amik gbr outdoor kat sini..semulajadi gitu..

    ReplyDelete
  8. C,E,F mm sesuai.
    Tapi semua pic cntik2 gak...

    ReplyDelete
  9. F
    shows wide vision
    n kak jue cntik cm matahari yg bright tu...heehe

    ReplyDelete
  10. vote for E!..btw, ju lagi cantik natural tau..ciknaa lagi suka tengok ju mekap biasa tu :)

    ReplyDelete
  11. Susah ooiii nak pilih, semua pon cantik! Jenuh cik nad dok scroll up & down..hihi..ermm vote for G la!

    ReplyDelete
  12. Vote foe E..eh ehh..G pun cunss la..so pilih la 1 antara 2..hik3

    ReplyDelete
  13. Sis pilih Semua..
    kecuali A,H, I & J sbb
    A, H, I & J nampak x natural..

    Sorry bukan nak kondem tp itu pendapat sis je.. apa yg sis tengok.. hehee ho heart feeling tau 😊

    ReplyDelete
  14. Bunda nak pilih 2 boleh tak?...bunda berkenan sangat gambar B & G....

    ReplyDelete
  15. ida vote F & G kakkkkkkkkkkkk heeeeeeeee ~

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)