Yeyyyyy siapa suka tengok pantai? 
Angkat tangan tinggi2 hehehehe. Julia memang suka pantai...ketenangan yang sukar diceritakan dengan kata-kata. Ini pantai Sabah yang sangat berlainan suasananya di Pantai Semenanjung Malaysia. Panorama, suasana yang jauh dari kota, angin sepoi2 bahasa yang sangat bersih...siapa yang tidak jatuh hati kan?


Setakat ini Julia dan family kecil kami sempat melawati 2 buah Pantai di Sabah....sangat menarik kedua-duanya...terasa ingin abadikan satu hari disini hanya untuk menatap laut yang terbentang luas. Lautan China Selatan dari jauh kita dapat tatapi dengan penuh harapan, kekalkanlah kecantikan yang Allah berikan ini dari pencemaran dan gangguan habitat didalamnya....kerana generasi akan datang seperti Qi dan anak-anak kita semua adalah berhak untuk merasai apa yang kita rasai sekarang....

Pantai Sutera Harbour | Sabah
Jom saksikan keindahan ciptaan Allah....bertafakur sebentar lihat gambar ini.

Qi sangat sukakan pantai....jikalau anda selalu dekatkan diri anak2 anda pada keindahan alam ceritakanlah padanya...siapa penciptanya...ceritakanlah betapa ajaibnya ciptaan Allah, walaupun dia tidak bagi sebarang respon, ketahuilah, dia mendengar...begitu juga Allah, kita jelas pada anak kita, Allah turut serta mendengar....Allah cantik ya Allah.

Nampak kan 2 pulau kt depan ni...ermmm rasa-rasa pulau apa ye...Sabah memang terkenal dengan pulau2 kecil yg sangat cantik. Peaceeeeeeee! Time ni mmg deruan angin pantai sutera harbour sangat kuat...seronok berada disini...kalian, datang tau :)

 Pantai Tanjung Aru | Sabah
Walid dan Qi bergambar di sekitar Pantai Tg Aru....pantai inilah berjaya buat hati julia tak keruan, sangat2 cantik...dikelilingi dengan pulau2 kecil disekitarnya....lautan biru seakan memanggil kami utk menziarahi pulau disekitarnya...ombak...ombak menghempas pantai...lembut hempasannya...bagaimana hati ku tak jatuh hati....Allah :)

Julia dan Qi...mmg suka peace hahahhaha...tp Qi baru nak belajar so hari2 akan tunjuk 1 peace hehhehe...lucu betul....nampak tak shawl ku terangkat2....angin kuat...sejuk hehhe cantikkan awan tu....mcm lukisan...tp ia real.

Kawan-kawan blogger dan pembaca setia Umi saya, jangan lupa sematkan dalam hati, suatu hari nanti termakbul doa kawan2 umi untuk ke sini nanti, ingat ye...menabung dari sekarang, plan dari sekarang, nanti boleh tgk keindahan pantai macam Qi tgk sekarang. SubhanaAllah. :)

Selesai Part 7.....cantikkan pantai di sekitar Sabah?
Tunggu Part 8 tentang JJCM lagi hehhehe...kali ini agenda JJCM Seafood Murah dan Fresh di Sabah...tungguuuuuuu :D

13 Comments

  1. umah ekin kat johor dekat ngan pantai Desaru
    hehehe
    suke pantai, tp x suke mandi pantai

    ReplyDelete
  2. Pantai tu kakak tengok juga Ju tapi mata kakak lebih pada gaya Qi. Setiap kali Ju buat peace/one dia pun nak buat juga:)

    Makin cerdik dah Qi, dah tahu seronok makan angin..

    ReplyDelete
  3. dulu akk sekolah kat SK Tg Aru tuhla..
    memang dekat dengan pantai sis

    ReplyDelete
  4. husband suka pantai, syima suka mall.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Pantai kat sabah memang cantik2 umi.. tapi farah tak berpeluang buat island hopping lagi.. tunggu la emir besar sikit kot.. =D

    ReplyDelete
  6. mmg cantik ... boleh mandi ke tidak . tak nampak pulak org mandi ...

    ReplyDelete
  7. subhanallah..cantiknye pantai sabah..keciknye rase diri ni bila tgk pemandangan cantik ciptaan Yang Maha Pencipta ni..semoga kami sefamily dapat merasa pulak keindahan pantai sabah ni..amenn..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah pernah jejakkan kaki di sini...best memang cantik tak pon boleh lepak kat Karambunai nexus pon cantik jugak...waiting the entry of seafood =)

    ReplyDelete
  9. Cantikkkk pantai sabah mmg cantik2..
    haritu x sempat nak gi hopping island.. dpt bergambar kt tg aru pn dah kira best giler.. masa bergmbr kt sana aritu siap ada pengantin buat outdoor lg..

    QI ngikut je gaya Julia buat peace.. aleh2 peace QI 1 je.. hahaha comellll..

    ReplyDelete
  10. teringat kenangan mase kerje dekat sane.. pernah sarapan dekat tanjung aru.. malam2 pon happening dekat sini.. takde kerje melepak dengan kawan2.. banyak lagi pantai cantik dekat sabah.. kalau lah dapat pergi simpang mengayau.. memang best..

    ReplyDelete
  11. SA mmg pencinta pantai...kalau stress SA akan lepak tepi pantai..hirup udara segar...mmg suka sgt2....

    ReplyDelete
  12. Best ya...
    Bila la pulak nak sampai KK nie..
    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)